Saturday, February 19, 2011

kau da couple,aku single lagi....

Sebagai remaja muslim moden, kita pasti tidak lekang dengan perkataan ini ::

 'aku dah couple. Kau bila lagi?'.

Ianya telah menjadi kebiasaan oleh kita kerana menanggap kehidupan bercouple ini adalah fitrah.

Maka, apakah pandangan kita terhadap perkara ini?

Mempunyai perasaan cinta itu tidak salah kerana setiap manusia pasti dilahirkan untuk mencintai seseorang, tetapi biarlah luahan cinta itu menurut ketentuan Syarak.

Tetapi bolehkah kita bercouple?

Itu adalah bergantung kepada kemampuan seseorang untuk menilai dirinya samada di boleh bercouple ataupun tidak.

Penilaian itu adalah berdasarkan tahap keimanannya dan keilmuannya untuk membimbing dirinya serta pakwenya kearah mardhotillah.

Jika anda rasakan kekurangan dari itu, berundurlah dengan terhormat kerana bala menanti anda.

Saya lebih mengatakan bahawa hukum bercouple tidaklah haram kerana ia diqiaskan keatas hukum bertunang iaitu kita menandai seseorang perempuan tanpa ikatan sah lagi.

Ianya akan menjadi Haram apabila kita bermadu kasih, bercakap sayang-sayang dengan si dia, berdating secara berdua-duaan, berpegangan tangan dan banyak lagi perkara yang haram keatas bukan muhrim kita.

Syarat bercouple menurut syarak adalah kita menandainya tanpa berdating, bercakap dengan handphone, tanpa berpandangan mata dan cuma berharap kepada Allah samada kita dijodohkan dengannya atau tidak.

Itulah cinta sebenar dan hakiki yang akan menjauhkan diri kita kelembah kehinaan.

Maka, bolehkah kita berbuat demikian?
Insyaallah..

Sebagai Muslim, kita tidaklah perlu mengikut kehidupan bercouple ala barat tetapi bercouplelah menurut cara Islam.

Tetapi cara yang lebih baik adalah terus berkahwin jika rasa berkenan dengan seseorang.

Manakala, bagi wanita itu pula janganlah meletakkan hantaran dengan amat mahal kerana akan membebankan lelaki.

Ingatlah pesanan Rasulullah yang bermaksud ::

'perempuan yang paling baik adalah yang paling murah maharnya'.

Bagi lelaki pula yang merasakan gatal-gatal untuk berkahwin, maka siapkanlah bekal ilmu akhirat untuk membimbing isterimu dan keluargamu.

Berkahwin itu adalah penyempurnaan agama dan agama itu mestilah didirikan menurut hukum dan rukun yang sah.

Sebagai kesimpulan, buatlah sesuatu itu menurut apa-apa yang digariskan syarak kerana ia untuk kebaikan kita sendiri.


Nota : Aku juga berharap agar dapat memiliki seorang pakwe nanti. I'm still single :D

No comments: