Friday, January 28, 2011

facebook

korang,korang penah x ada situasi macam ni??

ada la orang ni add anda,tapi anda xkenal dia..
maka,anda pon bukak la profile beliau..
mana la taw kotkot kawan lama ke apa kan..

lepas tu,anda pon tengok la berapa ramai mutual friend antara anda.beliau..
tengoktengok,mak aiiii,banyak jugak,sampai 80+..
anda mula terfikirfikir,

'eh,ntahntah dia ni kawan aku,tapi aku lupa nak add'

maka,anda meneruskan penyiasatan..
kali ni,anda buka pulak album beliau..
mana la taw kotkot anda cam muka beliau..

check punye check...

'asal sume gambar budak sekolah?aku mana ada kawan ngan budak SEKOLAH RENDAH'

maka,anda pon hairan bin ajaib lah...
ye la,budak tu budak sekolah rendah,
sahsah anda xkenal kanakkanak tersebut,
tapi friend mutual tersangatlah ramai...

kenapakah??
adakah kanakkanak tersebut suka berkawan ngan orang dewasa???
jengjengjeng

nak kawan xsalah...
tapi,aku ni lain sikit...
law orang add dekat facebook,aku check dulu orang tu sape...
kalaw aku xkenal,aku xapprove..
kalau ada kaitan,contohnye kawan kepada kawan or kawan blogger,
aku approve la...
ni,langsung xde kaitan,aku memang takkk ah...
bukan apa,aku da serik kena stalk....
sebulan aku hilang selera makan...
aku xnak peristiwa macam tu berulang lagi.....

*apaapa pon,depend pada pendapat masingmasing*

bai!

Thursday, January 27, 2011

nanges di bawah panas terik mentari

wah,tajuk nak gaya macam novel je,haha
ha,hari ni gua nak kongsi satu kisah benar..

tapi sebelum tu,kena buat pendahuluan dulu..
baru la cekgu bagi markah A,hehehe

gua da membuncitkan diri kat rumah selama sebulan..
bukan mengandung,tapi menternak LEMAK...
dan gua di beri satu job..
job yang tidak bergaji tapi berpahala...
iaitu DRIVER mak sepenuh masa...
amboiii,mentangmentang gua da dapat lesen,
mak gua terus mogok xnak drive...

mak gua berkhidmat sebagai seorang guru di SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU..
jarak antara rumah gua ngan sekolah tu.........errrr
kalau kentut dari umah aku,sampai sekolah tu pon bau xhilang lagi...hihi
tapi,x de kelasss lah law cikgu pegi sekolah jalan kaki kan...
jadi mak gua upah 'driver' (aku)
maka pepagi gua akan hantar mak gua pegi sekolah...
eh,macam terbalik plak kan,slalunye mak yang hantar anak pegi sekolah,haha
tengahhari,gua pegi la amik mak gua...

nak di jadikan cerita,tengahhari tadi,gua pegilah amik mak gua...
masa gua nak masuk lam kawasan sekolah tu,
gua ternampak seorang budak sekolah duduk tengah panas menangis...
gua da pelik..

'eh,xpanas ke budak tu duk kat situ'

lepas da amik mak gua,
gua pon bagitaw mak gua...
selepas di soal siasat,rupanya budak tu tunggu bapak dia..
tapi,bapak dia still xdatang...

bayangkan,budak tu tunggu bapak dia sejak pukul 12.45 tengahhari lagi..
time gua pegi amik mak gua tu da pukul 2 petang da...
cian budak tu..da la tunggu tengah panas,
patot la budak tu nangis...

kerana terlalu simpati,
aku dengan ikhlasnye pegi hantar budak tu balik umah..
ye la,takot jadi pape lak..
budak tu baru darjah 2 kot..

bila da pegi hantar budak tu,
it turn out that umah dia jauhhh dari sekolah..
tapi,rumah dia dekat giler ngan satu sekolah ni...
yang jadi persoalan aku,

'nape ayah dia xhantar dia pegi sekolah yang dekat ngan umah je???!'

kenapa perlu hantar anak pegi sekolah jauhjauh sedangkan ada sekolah yang dekat ngan umah...
budak tu da la kecik...
kalau da besar xpe la..
kalau jadi pape macam mana???

aku memang xboley la tengok situasi macam ni..
aku xsuka...

kalau nak hantar anak pegi sekolah jauhjauh,

MAKE SURE AMIK ANAK ON TIME !!

be responsible...
kalau xdapat nak amik,suruh la orang lain amik...
jangan biarkan anak tertunggu-tunggu,menangis tengahtengah panas di luar kawasan sekolah...
kalau kena culik macam mana??
mula la sibuk nak masuk berita,masuk paper...

grrrrr

Monday, January 24, 2011

greatest love story ever

setelah mendapat keizinan daripada pemilik story ini,
maka saya ingin berkongsi THE GREATEST LOVE STORY EVER !
semoga kita semua mendapat iktibar,
dan....

'SPREAD THE LOVE'-dobot

http://www.afifahyusof.blogspot.com/

Cinta 2011

Assalamualaikum. 


Ini sebuah cerita cinta yang pada mulanya, tak masuk dek akal langsung, tapi end up dengan sebuah peristiwa, sebuah kenangan yang terpaling manis dalam kamus hidup seseorang tersebut. Tiada yang lain, seindah kenangan ini. Insya Allah. 


 Sebuah cerita tentang seorang lelaki berbangsa Cina ingin berkenalan dengan seorang budak sekolah, berumur 16 tahun, so called, seorang Melayu. Itu memang biasa. Mungkin, schoolmate, kawan lama, kawan sepermainan masa tadika? Dan sebagainya. Apa apa tanggapan, dibenarkan. Jujur. 


Si lelaki Cina, 5 tahun lebih tua, yang mana, ketika di awal perkenalan, beliau berusia 21 tahun. Beliau merupakan seorang interior designer muda, yang penuh kotak fikirannya dengan idea yang bernas, inspirasi yang cantik, otak geliga, kreatif. Sumpah, ada je idea idea yang boleh diguna pakai sebagai jalan alternatif. Mungkin, itu kebolehan yang beliau perolehi untuk bekerja sebagai seorang interior designer. Beliau juga seorang yang peramah, suka sangat bercerita dan suka sangat senyum. Manis sangat. Handsome sangat. Tinggi sangat. Putih sangat. Kidal. Melalui cara beliau bercakap, memang nampak yang beliau confident dengan apa yang ingin disampaikan. Ideanya. Brilliant!


Si gadis Melayu, berusia 16 tahun, jauh lebih muda. Si gadis Melayu, seorang yang innocent, berbekalkan hati yang busuk, gedik mengada, bahasa kasar. Memang orang yang biasa. Tak expect apa apa sebab beliau, budak baik yang selalu ikut ibunya pergi ke sana ke sini. Ibunya bekerja sebagai seorang businesswoman. Banyak urusan di merata tempat dan kena jumpa ramai orang. Sesekali beliau terasa, macam beliau laa seorang usahawan muda. Di usia muda, dah kena check tender, buat sebutharga, jumpa supplier, dan juga customer lain. Kadang kadang beliau berasa seronok. Penat, sudah tentu! Tapi, ini pengalaman baru kan? Beliau teringin juga untuk menjadi perintis perniagaan keluarganya, bakal bergelar usahawan muda, detik hati kecilnya. 


Dipendekkan cerita, keluarga si gadis Melayu, bakal masuk rumah baru dan nak buat renovation sikit. Dan, si lelaki Cina yang kena handle projek tersebut. Beliau dipilih berdasarkan quotation, harga yang berpatutan, sesuai dengan servis yang diberikan. Si lelaki Cina mula mengenali si gadis Melayu, dan semakin rapat. Rapat hanya dalam kerja. Selain kerja, mereka tak kenal each other. Jujur. Kerja di sini, maknanya melawat projek (renovation rumah keluarga si gadis Melayu). Okayy, faham sikit dah?


Mari kita teruskan. 


Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada beberapa kali, si gadis Melayu dengan si lelaki Cina itu, berbual. Bergurau. Bercerita. Minum semeja. Berbincang. Bergaduh sedikit. Semua sebab kerja. Dan tak lupa juga, bertukar number telefon. Dan pada saat itulah, perkenalan antara si gadis dan si lelaki, bermula. Berputik. Boleh rasa tak indahnya? Haha. Mungkin belum lagii. Okayy sambung lagi. 
:D


Si gadis Melayu, pindah masuk rumah yang sudah siap direnovate, dalam awal tahun 2008. Dan dalam masa yang sama, si gadis Melayu, bakal menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut juga, si lelaki Cina ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik (baca ; email). Dalam tempoh si gadis Melayu untuk selesai SPM, jarang jarang sekali beliau dapat meluangkan masa bercerita dengan si lelaki Cina. Cuma perkara perkara penting yang ingin disampaikan sahaja yang dapat menghubungkan mereka. Tak lama selepas result SPM keluar, si gadis Melayu, dapat tawaran untuk menyertai PLKN. 3 bulan, tempoh. Pada ketika itu, projek si lelaki Cina, dahh selesai. So, tak jumpa dah. Kemudian, si gadis Melayu, dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Johor. 


Dalam tempoh si gadis belajar di univerisiti, mereka ada saling berhubung. Tapi, hanya sebagai kawan biasa. Yang text bila rindu, yang nak call bila tak tau nak buat apa, yang bercerita kisah masing masing, sebab dah lama tak jumpa. Cerita penat kerja, cerita malas belajar. Cerita tolong buatkan assignment, cerita busy ke sana ke mari. Cerita cerita kosong, yang tak ada apa makna. Hanya sebagai kawan biasa. Saling mendengar kisah masing masing, dan biar berlalu. 


Awal tahun 2010, ibu kepada si gadis Melayu, dapat satu tawaran kerja ; projek membina sebuah rumah bungalow sekali dengan rekaan dalaman. Ini berikutan, tuan rumah yang menetap di Kuala Lumpur, dan tersangat busy. Tuan rumah dan ibu si gadis Melayu, kawan sejak zaman anak dara. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu si gadis, memilih untuk memanggil semula, si lelaki Cina tadi. Pada waktu itu, gadis Melayu tadi, sedang cuti semester. Kebetulan.  


Pada suatu hari, pertemuan dengan si lelaki Cina diadakan. Ibu si gadis mintak tolong si gadis untuk bawa beliau pergi ke tapak projek. Dalam masa yang sama, si lelaki Cina tadi langsung tidak memberitahu si gadis Melayu yang mereka bakal berjumpa. Bila sampai tapak projek, si gadis Melayu terkejut. Si lelaki Cina, seperti biasa, suka tersenyum. Manis. 
*melting*


Projek tersebut sedikiit, sedikit berjalan dengan baik. Cuma bila ada masalah, ibu si gadis akan berjumpa dengan si lelaki Cina, untuk berbincang. Kadang kadang, call sahaja. Bincang, bincang. Dan bincang. Dalam perbincangan tersebut juga, si gadis Melayu ada semeja dengan si lelaki Cina. Dan buat seperti biasa. Sebab ibu si gadis tau yang si lelaki Cina, berkawan dengan si gadis Melayu. Bercerita, bergaduh nak bilik ni warna apa, yang ini nak buat macam mana. Tak nak warna ni, nak yang ini. Untuk dapatkan yang terbaik. Bergaduh di sini bukan bertumbuk segala, ianya adalah (baca ; tukar pendapat).


Perhubungan si lelaki Cina dengan si gadis Melayu, semakin rapat. Sebab, dalam masa yang sama, si gadis Melayu sedang cuti semester. So, memang si gadis kena ke sana ke mari. Kadang kadang, ibu si gadis serahkan sahaja tugas apa yang patut untuk si gadis berbincang dengan si lelaki Cina. Rindunyaaa! :')


Pada suatu hari, si lelaki Cina propose si gadis Melayu, untuk berkawan dengan lebih rapat. So called, "teman tapi mesra". Si lelaki Cina, memang jenis yang tak rajin text. And, dia pun tak rajin call. Cuma, lately ni, sebab dah makin rapat, beliau suka. Kadang kadang, email je dah cukup. Teknologi di hujung jari kan? :D Contact macam tu pun, jadi laa. Hahaha! Kata kata manis dari si lelaki Cina, selalu menjadi status si gadis Melayu. Cumanya, si gadis Melayu, tidak terlampau menaruh perasaan, sebab si gadis tau. Itu adalah hubungan 2 bangsa yang berbeza dan tak mungkin terjadi. Tapi, si gadis Melayu, layankan jugak. 

The special thing about me is you, fifa. - Yip. ♥
Your happiness is my everything laa, fifaaaaaaaa - Yip. ♥
 Baby, without you, I am nothing. I am so lost, hug me. Then tell me how ugly I am, but that you'll always love me. - Nyanyi lagu Rihanna. Yip ♥
That is the way I love you, fifa. - Yip ♥
Saya suka you pakai baju kurung meh. Manis laa ini Fifa. - Yip ♥
The best thing ever in my life, is you, fifa. - Yip ♥
You are the designer of my heart. - Yip ♥
My heart is for you, fifa. Seriously. - Yip ♥
 You changed me a lot sayang. - Yip ♥
It's okay sayang, everything will be fine. I am sure your result will be okay. Good luck, love. - Yip ♥
I was born to give my heart for you. - Yip ♥
Fifa. I am your die hard fan, love! Hihihi. - Yip ♥
I love to take care of you, because you are my everything, love. - Yip ♥
I nak petik bintang banyak banyak and keep it tightly in a colourless glass vase, and hadiahkan kat you, so that you can keep and look at it forever when there is anytime that I am not with you anymore. I love you, fifa. - Yip ♥
 I teringin nak buat love letter untuk you laa fa, bila you dah balik kampus nanti. Agak agak postman jealous tak nanti? - Yip ♥
 I can't forget the things that related to you. It is beautiful enough for me to love you more and more. - Yip ♥
I just wondering, why I keep on loving you non-stop sayang. And I got the answer, because I know, you will always be mine. - Yip ♥
The love is spreading over you sayang. I can see it from your eyes. - Yip ♥
The love drug is you, and that is the reason why I always being high! - Yip ♥
By doing something for our future, we sacrified something. Keep on observing my work. You will make them as one of your addiction later on, heartbeat. - Yip ♥
 Loving you is my passion. - Yip ♥
Your love make me stronger, sweetheart! :) - Yip ♥
You are my alarm clock everyday, love. Thank you! - Yip ♥
 Business is like love. Love is about trust. The trusity make the future of the business. So do love, nah? With trust, there will be the love. - Yip ♥
I am looking for a love, not a girl. Yet, you are the love. - Yip ♥
 You are one in a million. - Yip ♥

 Antara kata kata dari si lelaki Cina untuk si gadis Melayu.


Sejak mendapat lampu hijau dari ibu si gadis Melayu, si lelaki Cina kadang kadang ada bawa si gadis Melayu keluar. Makan, berjalan, shopping. Dan kerja. Itu semestinya! Perhubungan si gadis Melayu dengan si lelaki Cina, semakin serious. Madah madah cinta buat si gadis Melayu, selalu ada. Indah sangat! :D Tempoh perkenalan yang makan masa hampir 4 tahun ini, betul betul diidamkan oleh si lelaki Cina. Dalam masa yang sama, oleh si gadis Melayu juga.


Dipendekkan cerita lagi, tak lama lagi, si gadis Melayu bakal masuk belajar kembali. Beliau masuk pada Januari 2, 2011. Projek belum lagi siap, dan ibu si gadis bakal mengambil alih tugas si gadis. 


Sejak akhir akhir ini, si lelaki Cina kurang sihat. Berjumpa pun, sebab kerja. Email sahaja yang dapat beliau kirim. Katanya, sejak mendapat projek bersama si gadis Melayu, rezekinya melimpah ruah. Sampai tak terkejar dibuatnya. Tapi, si lelaki Cina, still can handle all those things. Uruskan perkara perkara penting. Alasan boleh diterima pakai. :D


Malam tahun baru, si gadis Melayu pulang ke kampung halaman. Berikutan hendak berjumpa dengan atok dan wannya, sebelum naik cuti semester nanti. Dalam perjalanan, si lelaki Cina ada text si gadis Melayu, yang si gadis bakal menerima kejutan pada 1-1-2011. Si gadis Melayu, jadi excited. Tak sabar. Setelah selesai urusan di kampung, ayah si gadis Melayu ajak pergi ke Melaka untuk membeli sedikit keperluan, shopping lah senang cerita. di samping ingin berjumpa dengan salah seorang kawannya. Dalam perjalanan hendak ke Melaka, si gadis Melayu mendapat panggilan telefon dari si lelaki Cina. Sayup. Senyap sunyi. Si gadis Melayu pelik. Beliau terdengar, ada suara yang menyebut,
'ASHADUALLA ILA HA ILLALLAH
WA ASHADUANNA MUHAMMADURRASULULLAH'


Si gadis Melayu terkejut. Panggilan telefon terputus. 
Kemudian, ada panggilan masuk semula dari number yang tak dikenali. Si gadis angkat.

'Babe, Yip passed away. All this while, he was suffering of the brain cancer. You have to see him before the funeral okay. Get here as soon as possible. I am sorry.'

Si gadis Melayu, tak mampu nak bercakap. Beliau terdiam. Beliau mintak tukar pemanduan dengan ayahnya untuk terus balik ke Nilai. Si lelaki Cina, tinggal di Seremban 2. Terus shoot ke sana. Menurut kawan si lelaki Cina, si lelaki masih di Hospital Columbia. Dalam perjalanan pulang ke Seremban, bermacam macam menda yang bermain di fikiran si gadis Melayu. Kata kata si lelaki Cina. Lagu yang si lelaki Cina kirimkan. Kenangan bergelak tawa, bercerita segala kisah mereka. Makan malam bersama keluarga. Dan sebagainya. Air mata tidak berhenti bercucuran. Sedu sedan si gadis Melayu turut diratapi si ibu gadis. Sedih melihat nasib anaknya, barangkali.  


Sampai sahaja di rumah, ibu si lelaki Cina, senyum kelat dan dalam masa yang sama, beliau menangis. Ditahankan agar tak gugur. Namun, tewas. Anak kesayangannya, pergi. Tanpa meninggalkan apa apa pesanan, tanda tanda. Adik si lelaki Cina, datang memeluk si gadis Melayu. Kakaknya juga. Masing masing, cuba untuk gagahkan diri, atas pemergian orang tersayang. Si gadis Melayu, tidak dapat berbuat apa apa, selain menangis. Dipeluk erat oleh ibu si lelaki Cina. 


Ibu si lelaki Cina berbisik ke telinga si gadis Melayu untuk naik ke bilik si lelaki Cina. Dalam bilik tersebut, si gadis Melayu mendengar segala luahan hati ibu si lelaki Cina. Satu persatu. 

'Faa, I am really sorry for not telling you the truth. This was his last request. He did suffering of brain cancer. When he knew you, he felt that you are the person that he's waiting for. He felt in love with you. For the first time, he fall in love. And, the love that he want was, yours. It was you. He became stronger just because your love. He learned about Islam, when you are not here. He was very happy when he met you. Eventhough he's not feeling well. You thought him about life, about the happiness, about the difficulty through many circumstances, about the future. He converted to Islam almost two years back. I am really sorry.' 

'In this box, there were many things for you from him. He kept them all this while and as he wished to meet you yesterday. But, you are going back to your hometown. So, he canceled.'


Si gadis Melayu tak dapat menahan sebak. Menangis. T___T
 Si gadis membuka kotak tersebut. Dalam kotak itu, terdapat beberapa diari. Satu persatu si gadis belek, dan baca. Baca, nangis. Baca, nangis. Tak dapat menahan. Sedihh!


17 Mei 2007
Today was her birthday. I would like to give her this necklace. But, I don't think she will accept it. I am worrying about this now. I missed to look at her smile. She was so cute! :D

Si gadis Melayu melihat rantai tersebut, terukir huruf F dan Y. 
T___T


17 Mei 2008
I converted into Islam, this morning. My new name is Ahmad Amirul Afifi. Near to her name. I felt really nervous at first, so do excited. But, through my studies, learning from the Ustaz, the stories about the prophet. I did it. I made it! It was the precious time ever. Very excited now to tell her the truth! Hope she will not be fainted. Hahaha. 

Si gadis menangis terus. Ya Allah, inilah dugaan yang terpaling besar pernah kau beri pada aku. Berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menerima pemergian ini, detik hati kecilnya.
 T___T


17 Mei 2009 
Saya nak beli telekung ni untuk dia dengan ummi dia. Hope she like it. May she remember me always, like I did. Insya Allah.  

Si gadis Melayu mencium kain telekung tersebut. Menangis! 


17 March 2010
I banked in, RM5000 today in Bank Tabung Haji. Ni gaji first saya . Kalau panjang umur, saya nak pergi haji dengan dia! Insya Allah. 

Si gadis Melayu semakin tersedu sedu. Dipeluk erat ibu si lelaki Cina.


17 Mei 2010
I did this Ayat Kursi for her, write in tulisan khat and framed it. I wished to give her. Insya Allah! Lil bit dirty, because saya tak mahir lagi. I loved her handwriting in Jawi. Wished to learn more writing in Jawi.  

Si gadis, peluk erat frame ayat kursi tersebut. Tiada yang lain, menangis.


Ada satu lagi bag kertas Roxy di sebelah katil si lelaki Cina. 
Untuk you! <3 

Ada sepucuk surat dalam beg tersebut. Si gadis baca. 

'Assalamualaikum awakk. Hihi. Ada banyak sangat cerita saya nak bagitau awak. I wrote it for you already in those diaries. Wished you read all of them. It about us baby. About you, about me. I sayang you laa! Sampai I mati. Maybe, when you read this letter, I am off. I am not with you anymore. I dah pergi jumpa Dia dulu. He would love to choose me you know. I am really sorry sebab tak bagitau you the truth. But, you knew how I am right? Secret is my priority. I wished to meet you on the first day of your class, by wearing this beg and this watch. But, I don't think I manage to do that. This was your upcoming birthday present. Hope you liked it and will wear it. Okayy sayang? You remembered right all those words that I told you? Tolong jaga diri baik  baik. I dah takde. I don't have time to talk a lot here. Just wishing the best in your future. You made my days, my life, so do my future. I love you till death. I promised with you right. And I made it. I hoped that you will not regret in anything that we made together. Promises that we made together. You must be stronger when I am not around. Don't you cry, and be moody all the time. That is not good kan? You thought me to spread the love kan? So, you should do it too. Promised me that you will remember me always okay? I missed you seriously. I wished to meet you before. But, you can't. It's okay. Thank you for everything sweetheart. EVERYTHING! I love you till death, heartbeat. Assalamualaikum!' 


Pengebumian berlalu. Sedih sangat. Si gadis Melayu tak dapat menahan. Nangis terus. Si gadis Melayu merasakan itulah cinta terpaling agung pernah beliau ada. Semuanya kerana Allah. 


Januari 1, 2011.
Tarikh yang tersemat dalam hati sanubari si gadis Melayu. Tak kan pernah lupa. Tak pernah hilang. Ingat sampai mati. Insya Allah! 


Si-lelaki-Cina ; Ahmad Amirul Afifi.(Michael Yip)
Si-gadis-Melayu ; dobot. 


 Rest in peace,
Ahmad Amirul Afifi.
*al-fatihah*

SALT

korang jangan salah faham..
gua bukan nak buat ulasan sal filem SALT yang angelina coli berlakon tuh..

ini kisah teladan yang aku nak kongsi ngan korang...

hari tu gua ada lah memaki hamun mesin penimbang berat..
mana gua xsentap,gua punyalah slim slender,
mesin tu boley plak jerit kuatkuat,

'berat anda 58 kilo,lagi 2 kilo ko akan sama berat dengan anak gajah,TAHNIAH'

gua memang sentap beb...
baru je gua nak rogol mesin tuh,mak gua cepatcepat hantukkan kepala gua kat simen...

selepas gua sedar daripada koma,
baru lah gua ingat,rupanya itu cuma nightmare sahaja...

dan selepas ini barulah KORANG SEDAR yang korang sume da KENA TIPUUU..
puuuuuuu,hahahaha

ok,sambung cerita..
kali ni gua siriyes...

berat gua memang berat...
tapi ringan sikit lah kot daripada SUMO WRESTLER (wah,melampau)

so,gua memang xpuas hati dengan lemaklemak yang menyelulitkan diri gua...
gua malu weh,malu time gua nak kena inject kat bontot...
ye la,nanti doktor tu mesti nampak iklan selulit gua...
arghhhh,mesti doktor tu akan dapat nightmare selama seminggu,dua kali sehari...

gua sedih-emosi...
lalu gua mengadu kat kakak suara sedap..
gua harihari mengadu dekat dia,
tapi dia asik cakap mende yang sama je..

'harap maaf,nombor yang anda dial tiada lagi di dalam perkhidmatan'

gua sentap dengan kakak tu,
nampak sangat dia da xnak kawan ngan aku..
lalu aku hentakhentak kepala aku dekat bucu katil..

gua nak pegi jumpe therapist,
gua nak makan dr rozmey jus mate,
tapi.......
ongkos nye mahal syial..
jadi gua lupakan niat tu...

gua kuciwa...
lalu gua mengadu pulak kat mak gua...
mak mesti lah tahu perangai anaknye yang macam tettttt

maka bermulalah konversasion antara aku dan omak...

'ekau tu suka bebenor makan garam,sebab itulah debab'

lalu gua membidas..

'eh,apa keno mengeno nye garam ngan gemok??'

lalu mak menceritakan satu kisah..
*kononnye untuk di ambil iktibar lah

'duludulu,time gajah berleluasa,gajah selalu serang kampung....nak tahu kenapa?'

'ah,xnak amik tahulah'

*pang* (melekat budu di pipi gua,sebab time tu mak gua ngah makan)

'sebab gajah tu nak cari garam...gajah semok sebab suka makan garam,sama macam ekau lah'

aku terkesima,lalu terkentut (budu tu banyak pedass)

kesimpulannya,
gua pon garu kepala memikirkan kaitan GAJAH-GARAM-AKU
aku xnampak perkaitan di situ..
korang???

*garu kepala*
banyak jugak kelumumur aku nehhhh

giveaway from ZIHAH !

da lama mak enon ekau nih xjoin contest..
bukan apa cu,mak enon kau ni frust menonggeng!!
ye la,joinjoinjoin tapi xpenah menang,mana la mak xsentap!
haish,tapi apaapa pon,mak enon nak torai jugak..



dengan berbekalkan pantun ini,mak enon nak join giveaway nih...



'tuah ayam nampak kat kaki beliau,tuah aisya xnampak sebab beliau pakai stokin'   =p






cik zihah ni buat giveaway sempena birthday beliau yang ke-18 pada 25.Feb ni..
BOLEH DI JOIN SEBELUM 25.Feb.2010,
so cepatcepatcepatcepat lah join...



wish aisya for cik zihah ::



-H.A.P.P.Y  B.O.R.N.D.A.Y yang ke 18 dear =]    (chukka hamnida)
-smoga dapat result yang KICK punyer SPM nanti,amin...
-stay healthy,stay fit (nak beli HERBA LIFE jugak lah dik)
-smoga dapat jupe incik korea yang di idam-idamkan =]
-kalau ada rezeki,jom kita pergi KOREA nak??? (jom start kumpul duit singgit sehari)



benda paling berharga penah aisya dapat masa besday aisya ::

:: wedding journal ::
given by my roommate,my besties NABILAH IDRIS

*actually xde la ber'harga' coz dia da buang tanda harga tu,haha
(priceless & very meaningfull sebab dia tahu aisya ni memang suka menulis)



tagged ::
-azie ismail
-shue aida



Hadiah nye sangat menarik babe:

Untuk Perempuan-Teddy Bear *spangebob or patrick or teddy bear biasa*
Untuk Lelaki-Jam tangan *bgitau warna apa korang suka*




*join lah cepat korang !

Saturday, January 22, 2011

nak begi respon camne eh??

bila ada orang aju kan soalan macam ni,aku jadi clueless,speecless,brainless,lessbian =p

'u,jom kita couple balik...'

natijahnye,
aku nak bagi respon camne eh????

dermawan !!!

kalau kita belanja orang,maknanye kita dermawan jugak lah kan??hehe

hari ni,pertama kali di tahun 2011 saya belanja kawan saya makan...
makan bukan sebarang makan...
diorang ni pandai tau,dengar je orang nak belanja,
wahhhh di pilihnye tempat yang makanannye semestinya mengempiskan perut purse gua...

plannye nak pegi makan kat OLD TOWN...
old town bukan sebarang old town,
ini KOPITIAM OLD TOWN...

*kat kelantan mana ada OLD TOWN,nik aziz xapprove,yang ada pon,ciplak punyer...

ciplak pon,harga lebih kurang je ngan OLD TOWN ori...

tapiiiii,nasib gua memang baek lah...
tup tup kopitiam tu tutup hari ni...muahahaha
kempunan lah kawan gua tu,
dan selamatlah duit gua...lalalala~

tapiiii,gua belum 'selamat' lagi..
gua di tarik oleh mereka ke KFC...
hasilnya,melayang lah duit gua rm30 dan ke atas...

tapiii,ok lagi kot dari kopitiam,
law x,memang melayang rm50 gua..

kesimpulannya,siapa kata gua kedekut???cepat mintak maaf cepat...

Thursday, January 20, 2011

JUALAN MURAH !!






rm15 + rm5 (postage)

yang berminat,boley mesej kat no ni :: 017-9741359

*harga boley dirunding lagi =]



Tuesday, January 18, 2011

blank head

tadi pagi,
saya dengan ikhlas nye,menemani nenek saya ke hospital HUSM....

nenek kena pegi amik darah...
maksud saya,nurse yang akan amik darah nenek....

saya ni kureng pengalaman berada di hospital,
lagilagi law bab appointment ngan dokter...
den xghoti...

jadi,memang tersangatlah cuak tadi...
camne nak pegi wheelchair,nak letak borang katne,nak masuk bilik no berapa...

lubdap lubdap (jantung ku berkaroeke)

mission 1 :: pegi pinjam wheelchair

berbekal secubit keberanian dan secupak gemuruh,
gua pegi kaunter pertanyaan..
dengan bersuara innocent,gua tanya ::

'err,nak pinjam wheelchair boley?'

'boleh..,tapi kena tinggalkan ic'

fuhhh,nasib baik dia suh tinggalkan ic..
nak nye dia suh tinggalkan bra,macam mana tu???

-->akan bersambung (ayah gua da mintak ini broadband da)

Saturday, January 15, 2011

one thing leads to another

atau lebih menarik kalau aku sebut MASALAH BERANTAI....

lepas satu,satu masalah timbul...
lumrah hidup yang mesti di hadapi setiap manusia...

aku sedih-kecewa

tiada katakata yng mampu menggambarkan perasaan aku tika ini...

*senyuman,hadirlah dikau....

kesinambungan

nak tahu kesinambungan kisah -emosi-
jom,bazirkan masa anda baca entri nih!!

setelah berchatting dengan agak rancak bersama mulot longkang,
maka terpublish la satu post dari beliau untuk membidas saya yang tengah emosi ini..


People will do mistake smtimes.. it cn be deliberately or nt deliberately... People will learn frm the mistake thats hw I m upgrade myself...... I see most of the women once they made a decision, they will say they cant change..... but a man made a decision... in some situation they will change decision.... Tats why most of the leaders are men....
*mulot longkang tersebut bergender LELAKI,harap maklum
maka,si emosi mana boleh duk diam beb,
dah sahsah post tu di TUJU kan kepada si emosi kot...
"rasanye post ni di tujukn kpd saya..
oh,terima kasih 'leader'..
i didn't say that i can't change...
i need time..
don't treat a girl like u treat a boy..
"
 
i know...... tis post bukannya tunjukkan pada u suddenly my brain come out tis kind of punch dialogue of the day...... i am waiting for ur answer....."
*ceh,kononnye  " tis post bukannya tunjukkan pada u suddenly my brain come out tis kind of punch dialogue of the day...... "
hakkktuiiii,tetiba la pulak kau nak buat DIALOGUE OF THE DAY....
nampak sangat dol...
p.s --> aku xkan jadi AIMI yang macam ko penah kenal dulu,harap makluman titik

- emosi -

sekarang ni aku tengah emosi...
maybe salah aku, (xkan nak salahkan berukband pulak)
xfikir panjang masa nak post something kat facebook...
alah,apa sangat lah yang aku post...

'budak 16 tahun ngorat aku,sorry lah dik =,=' '

then,macam biasalah,ada la mulotmulot longkang yang nak membidas...

'budak tu tersalah orang kot'

'budak tu lupa pakai cermin mata kot''

dan pelbagai lagilah,malas nak taip,menyakitkan hati !
maka,gadis yang tengah 'BULAN MENGAMBANG' ni, (Period)
mulalah meluahkan emosinye...

haish,sampai bertasik bilik,aku nangis...
sedih dengan kawankawan yang macam haram...

aku sedar sape aku..
xlawa-xcun-xhot
muka ke laut...

tapi,aku pon ada perasaan untuk di cintai dan mencintai...
they judge me based on my face...
i juz can't take it...
bagi korang yang membaca,tentu korang pikir,

'alah minah ni,tu pon nak emoemo'

yeah.mende kecik je kan..
tapi ntah la,aku betolbetol terasa hati dengan katakata mereka....

ada pengkomen yang mintak maaf ngan aku...
ye,aku akan maafkan,tapi mungkin akan amik masa...

kalau xdapat terima diri aku yang macam ni,
senang je,KAU BOLEY BLAH DARI IDOP AKU...

aku xrasa yang aku kacau idop diorang..
jarang sekali aku nak menghina-mengherdik-mencaci diorang di FACEBOOK
(tempat lain tu mungkinlah,haha)

kalau xnak kawan ngan aku,aku xkesah..
xmati rasanye xkawan ngan diorang...

xkan lah aku nak kena buat PLASTIC SURGERY semata-mata nak kawan ngan diorang..
kau ingat aku anak MARK ZUCKERBERG???
macam mana dia nak ada anak,kawen pon belum....
anak haram???ah,otak nak hitam je an....

kesimpulannye,

AKU BUAT BAIK DENGAN ORANG YANG BUAT BAIK DENGAN AKU,
YANG BUAT TAIK DEKAT AKU,AKU LEMPAR TAIK TU KAT MUKA DIORANG !


di taip dengan penuh emosi -aimisyairah-

Wednesday, January 12, 2011

untuk di lelong


menariktertarikkaumemangdabomb????

ini classmate saya...
nama komer-sial beliau ICHII MOHD IZZAT....

di sini,saya sebagai classmate yang baik hati,
ingin melelong beliau...
kerana beliau baru sahaja SINGLE...
cepatcepat siapa cepat dia dapat...
gua bukak dengan harga 10 dollar...

jika anda berminat,
sila tinggalkan bra / underwear anda di ruangan komen...

*iklan ini berbayar*

p.s---> dia suruh aku isi borang,tapi aku xnak sebab ketiak dia busuk,haha

EDISON CHENG MALAYSIA


nih edison cheng versi malaysia...
tapi dia xde scandal sex ok...
beliau merangkap cuzin kawan gua...
beliau sungguh machojambuencemhot semegah nama beliau
 RAHMAN atau nama komersial beliau POK JACKS (kononkonon)


p.s-->ini bukan pakwe gua...ini pakwe orang lain..gua pinjam kejap nak tampal lam blog gua =p

beranak pinak....



comel tak?comel x?
alalala,tomei bucukbucuk mama,mmmuahhhxxx..
eh,bila pulak aku ada anak nih??

*hantuk kepala kat bucu meja jap*

owh,baru aku ingat,ni anak kawan aku la,heheh

*lap darah yang meleleh kat dahi jap*

ni la parents kepada makhluk kecik di atas ::



ni lah kawan aku (sila lihat sebelah kanan)...

*sekarang pandang sini*

kitorang kawan masa kitorang kecik lagi...
lepas da kua dari pewot mak aku tu,
aku cakap 'byebye dokto',
then aku terus pegi polis sentri ngan kawan aku ni...

*anda di tipu*

hehehe,sbenanye dia ni jiran aku...
time aku kecikkecik dulu,aku duk umah sewa...
sebab time tu aku xde duit nak beli rumah..
duit yang makcik pakcik nenek atok bagi,sume mak aku simpan lam bra dia....
macam mana gua nak cilok,ngehngehngeh

kawan aku ni jugak merangkap kakak angkat aku...
tapi kakak xangkat sangatlah aku,sebab aku kan gemok...muahahha

kawan aku kawen tahun lepas rasanye...
aku ni selalu lupa sebab tiaptiap hari hantuk kepala kat bucu meja,kihkih

skang kawan aku da ada anak yang shangat chumil....
nama pendek beliau ASRA...
nama panjang beliau gua lupa nak check surat beranak beliau...
nantinanti la gua pegi check online kat jabatan pendaftaran yer....

persoalannye,bilakah aku akan ada anak sendiri???
jengjengjeng......

eh,jap bukankah aku da anak ke??

ANAK TEKAK

ok,bai !

Tuesday, January 11, 2011

Aku seakan lupa apa rasanya being flirted.

11012011

mari kita ulangkaji tajuk entri aku kali ni..

'Aku seakan lupa apa rasanya being flirted.'

haish,ini major problem aku skang...
al-maklum la,bila da lama menjanda,ni lah effect nyer...
bukan aku yang jual mahal...
aku jual murah je,tapi xde orang nak beli...
seriusly,aku da lupa TAKTIK MENGORAT dan DI ORAT....

duludulu,masa zaman sekolah menengah,
sewaktu hormon gonad membuak-buak bersama jerawat,
pakwe keliling kaki,xtermasuk yang tersimpan lam almari lagi....
ayat mengorat kau xpayah cakap la,
macam sajak pon ada beb....

kali pertama aku ada pakwe sewaktu aku form 2...
nama samaran beliau PEGUAM...
kawan aku yang kasik,sebab nama beliau HAKIM...
hakim = makhamah = peguam
begitulah equation yang di reka oleh kawan ku...
kiranya beliau ni 1st love beta....
4tahun bertahan tapi putus di tengah jalan beberapa hari sebelum SPM 2008...
sadisssss,tapi memang time tuh da xde harapan....

ogos 2008 classmate gua jatuh cinta PANDANG PERTAMA kat gua...
jatuh cinta pada jerawat beta mungkin,hahaha
nak tawu x,dia cakap 'I LOVE YOU' kat aku masa kitorang kat atas bas..
muka gua yang ganaz ni habis blushing...
gua tersengih macam kerang busuk....
bahagia beb,rasa macam da kena proposed dah..
tapi........ada ke patot confess atas bas...adehhh
law bas ada aircond xpe gak,nih bas sekolah warna kuneng yang xde aircond...
tapi cinta kitorang xbertahan lama...
xtawu lah salah sape...
tapi aku memang xserasi ngan dia...
sangat lah seksa nak pegi kelas sebab harihari kena ngadap muka dia....
dan beliau akan mencari setiap peluang untuk usha aku atau menghampiri aku...
scary dol!!!

setahun menjanda dengan jaya nya,
11012011 pukul 3 pagi,
ada lah mamat inih confess yang dia suka kat aku....
aku pon suka jugak lah dekat mamat nih...
encem bai....tapi law encem je xcukup....
jangan kau ingat muka kau tu dapat jamin kebahagiaan....
tapi,aku xde lah berminat sangat,
sebab dia nak SERIOUS RELATIONSHIP...
which means,dia nak jadikan aku isteri dia...
gua xready lagi beb....
umo gua baru 19....
SEMBILAN BELAS....
masak bersepah,baju berkedut,kentut masam....
layak ke jadi bini olang???

sekarang ni gua memang xde mood nak bercintan-cintun...
so semalam gua REJECT dia...
wahhhhh,tindakan yang sangat kijam....heheh
gua suruh dia pikir memasak dulu...
eh,masuk gua pikir MASAK-MASAK...
sebab gua target nak kawen umo 25...
kalau dia sanggup tunggu,tunggu la..
tapi aku xjamin apa-apa...
aku takot aku lari je nanti,heheh
sebab aku ni memang suka lari...
masa sekolah duludulu,aku selalu masuk acara 1500m,800m,400m...
sume gua masuk,dan semua XPENAH DAPAT JOHAN..
biasanya gua hanya dapat NAIB JOHAN atau KETIGA...
xpenah pulak gua dapat JOHAN RAJA LAWAK... heheh

kesimpulannye,
Aku seakan lupa apa rasanya being flirted....

sekian,terima kasih...

(aku rasa tajuk entri aku xmenepati huraian aku...tapi ada aku kesah??kau ingat ni SPM kah??)