Saturday, December 31, 2011

penghujung 2011 .

2011 .

pelbagai kisah cerita yang tercatit.

di awalannye,aku sudah lupa.

short term memory lost mungkin.

tapi di penghujungnya,masyaallah.

hidup aku mulai xterurus sejak aku berpraktikal di HOSPITAL KUALA KUBU BHARU,hulu selangor.

selepas 4 bulan bekerja tanpa gaji (praktikal),
aku pulang ke kampung.

membawa 1 impian :

mahu bercuti bersama keluarga di MELAKA dan JOHOR.

3 hari aku berperang dengan laptop,
menyiapkan assignment yang di hantar via pos laju.
*terima kaseh abang posmen

tangan ligat menyusun ayat dan mentranslate kata,
sambil menjaga nenek di hospital..
tanpa menghiraukan pandangan sinis nurse..
*guna laptop lam ward =.="

saat yang xkan aku lupakan,
saat aku di dalam ambulans bersama nenek.

nenek memegang erat kedua-dua tangan aku,
seolah-olah itu kali terakhir dia pegang tangan aku.

dari tengah hari sampai petang,
aku menemani nenek aku dalam bilik kecemasan zon merah.

hanya kata-kata ini yang menemani aku :

'irah,jangan tinggalkan nenek'

'irah,tolong nenek'

tuhan itu maha berkuasa,
rupa-rupanya itulah kali terakhir aku mendengar suara nenek aku memanggil nama aku.

hampir seminggu aku berkampung di hospital,
menjaga nenek yang sudah koma di icu..

tanggal 22 disember 2011,
nenek aku di jemput ilahi di dalam ambulans.

selama 7 hari majlis tahlil di buat untuk arwah nenek.

semalam adalah hari terakhir aku tidur di rumah arwah nenek.

tanggal 29 disember 2011,
abang aku dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada kakak ipar ku.

abang yang sulong.

tanpa aku sedari,
hari ini adalah hari terakhir di tahun 2011.

tiada kata-kata,hanya tangisan menemani.

bukan meratapi,cuma merindui.

kerana aku lah yang menjaga arwah nenek ketika dia sakit.

aku lah yang membasuh beraknya..

dia nenek aku.

semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

dan semoga abang bahagia dunia akhirat.

2012 --> kehadiran mu di nanti,semoga segalanya indah .

Friday, August 5, 2011

'main' ramai-ramai

phew,xsangka,da 3 hari rupanya aku bekerja di HOSPITAL KUALA KUBU BHARU...
*bekerja tanpa gaji (praktikal)

untuk 2 minggu pertama ni,
aku di tempatkan di bahagian KAUNTER...
*tempat terima borang pesakit

selama 3 hari tu jugak lah,
macam-macam jenis patient aku jumpa...

yang paling hot ::

seorang budak lelaki,
baru je berumur 19 tahun,
tapi doktor suspect kena penyakit SYPHILIS...
*kalau xtaw sila google

dekat description borang tu,
doktor tulis 'MULTIPLE SEXUAL PARTNER'

pergh,mesti 'main' ngan ramai pompuan ni...
bulan puasa kot...

budak tu boleh tahan encem gak r,
tapi pakai rantai,
n nampak cam nakal sikit...

mungkin budak tu xtahu apa yang doktor tulis,
sebab tu dia macam xmalu je..
*aku plak yang malu >__<

tapi,syukur lah,
result test NEGATIVE

aku geram je nak nasihat budak tu,

"ADIK,KALAU NAK 'MAIN' PAKAI CONDOM TAW"

"KALAU XMAMPU NAK BELI,MINTAK KAT HOSPITAL,FREE JE"

kesimpulannye,

korang-korang yang baca entri ni,

- AMALKAN LAH SEKS SELAMAT -

bai !

Wednesday, July 27, 2011

scene common dalam bas rapid...

hari RABU adalah hari MOVIE MURAH di GSC...

maka,wajiblah gua menggunakan masa terluang dengan menghabiskan masa di dalam punggung wayang..

seperti biasa sharp pukul 9 pagi,
gua akan terpacak dekat bus stop menunggu bas RAPID U65...

dan macam biasa jugaklah,
gua terpaksa 'berperang' dengan warga-warga asing untuk naik bas tu...

ketiak masam korang xpayah cakap,
memang elok-elok je diorang tadah bawah muka gua,
maklum la,gua ni kecik cinonet...

bila gua masuk je dalam bas tu,
gua rasa macam gua da 'terbang' ke INDONESIA ya pakk....

pastu tetiba gua rasa segan,
macam gua pulak yang jadik pendatang asing ??

kalau time-time puncak,
memang gua kena 'double protection'...

depan belakang kena cover der,lagi-lagi pompuan..
kalau x,memang terasa la tangan yang meraba-raba,
atau benda keras...errr lu pikir la sendiri !!

henpon canggih-canggih memang korang kena triple protection..
seeloknye,bawak la pad lock yang paling besar,
lepas tu gari kat tangan...

gua penah kot hampir hilang encet,
gua terasa ada orang seluk dalam poket gua,
pastu tarik encet gua...
gua pon cepat-cepat la pegang...
yang xley blah,
si penyeluk saku tu boley buat muka dekk je kat gua...
padahal gua cam kot muka dia...
panasss der...

ni antara scene yang paling common la kalau korang naik bas rapid...
malas pulak aku nak taip panjang-panjang..

bai !

Wednesday, July 13, 2011

kadang - kadang kite xperlu jadi ARTIS untuk jadi seglemer ARTIS .

this is what i call NATURAL BEAUTY ::



oh,ini bukan FATIN LIYANA,ini ENGKU SULWANI
*macam pelanduk dua serupa kan,mungkin braces itu faktor utama,mungkin



perfect ! marvelous !



xperlu makeup tebal 3 inci,
xperlu bulu mata palesu,
xperlu gincu semerah delima,
NATURAL BEAUTY !!



kalau orang tipu aku cakap dia artis,
aku percaya beb !



kenapa aku letak gambar dia banyak-banyak?
sebab aku nak cakap taip,
walaupun dia insan biasa,
tapi dia nampak macam artis doe  !



ok,jangan salah faham,
dia xrasuah aku apa-apa,
aku tulis entri ni sebab aku adore dia...



dia pon ada belog,
tapi gua da lupa link dia,
nanti gua mintak ngan dia ehh
*bersabar abang...bersabar abang.. (nada suara shuib sepah)



aku kenal dia sebab dulu dia couple ngan kawan aku..
tapi diorang da clash..
tapi oopppss,sori..hati dia sudah aku-kunci-hati-itu oleh someone
*xpe,gua single lagi,mau??haha



nak otograph boley??
otromen pon boley..



beliau sangat seswai jadi model,kan??
*kalau berminat korang boley contact gua..
eh tetiba pulak melantik diri sendiri jadi PA,haha



ok itu nama pakwe dia


. adios amigos .

pakai baju pink nanti kene weewit dengan mat rempit .

petang tadi beta berhajat nak makan NASI AIR PAK AWI,
di PANTAI AIR TAWAR..
*tapi air dia tetap masin ok

malangnye,kedai tu tutup...

so,aku & cuzin pegi beli jagungairjagunghotdogsateikan dan makan kat tepi pantai...

and aku berbaju PINK di hari tersebut beserta kain kembang-kempis di tiup angin pantai...

petang-petang memang tabiat mat rempit merempit kat kawasan pantai tuu..

waktu aku ngah berjalan,kebetulan diorang ngah merempit..

then ...

'weeewiiittttttttttt,baju PINK tuuuu'

ok fine aku telah di weewit oleh mat rempit..
maka kembang-kempis la idong ku,muahahaha

*next time da xnak pakai baju pink lagi pegi pantai,nanti kene weeewit !

Sunday, July 10, 2011

membunuh KETAM dengan kejam !

menu dinner malam ni ::

- MAGGIE KETAM -

agak exotic di situ,atau mungkinkah erotic,haha

sungguh aku xsangka mak aku sorok ketam bawah tudung saji !
ketam hidup pulak tuu !!

so,sementara ketam tu hidup,
aku & abang aku pun apa lagiiiii,
mula lah menyiksa kitam-kitam tersebut...

bukan siksa sangat pon,
juz amik gambar diorang je,huhu

pastu,ayah pegi rebus air...
siriyesly,aku xde pengalaman handle ketam...
sebelum ni,juz terus makan yang terhidang...

aku tertanya-tanya jugak lah macam mana nak masak ketam ni..
maksud tersirat aku,

MACAM MANA NAK BUNUH KETAM ??

air da mendidih,
ayah angkat ketam tu sekor-sekor,
lepas tu ...

celup-celup dalam air panas...
macam MINAH CELUP aku tengok ketam tu...

agak kesian tengok cara diorang mati,
tapi what to do,
tu da nasib diorang...
kalau terlebih kesian,nanti xtermakan la ketam tu..
mahal kotttt....

sekarang ni,tunggu masa je nak masak maggie...

*adakah aku layak bergelar serial killer skang??huhu

Friday, July 8, 2011

JUSTIN BIEBER tu SEPUPU aku lah wei...

minggu lepas aku terbang ke STANFORD,CANADA..
ke mana lagi,ke rumah si JUSTIN BIBIR tu la...

da lama kot xpegi sana...
sampai sana,aku terjah-terjah la bilik dalam rumah tu..
rasa macam da sempit,mungkin banyak barang kot..
mana tak nye,bergunubg-ganang hadiah dari peminat...

pastu,aku pon start la bebel kat si justin tu..

"amboi,mentang-mentang da peymes,terus lupakan cuzin...bla-bla-bla"

si justin pon balas la balik..

"speaking-london,bla-bla-bla...i know that u guys SAYANG bla-bla-bla"

ha,sampai terkeluar bahasa melayu you allsss...
aku pon tergelak lah mendengarkan pelat dia cakap melayu...
at least ingatlah jugak dia bahasa melayu sikit-sikit..

aku senyum aje la..
bukan marah pon kat dia...
aku paham dia bizi ngan concert ngan perfume SOMEDAY ape sume,
aku saje je terbang g stanford,maklum la,ngah cuti semester..

pastu aku teman si justin ni pergi RECORDING STUDIO..
dia ada nak record lagu baru untuk album terbaru dia...
malangnye aku xsempat nak jumpe USHER...
xpe la,xde rezeki kan..

si justin pulak xsabar-sabar nak balik,
ye la,nak berkepit ngan SELENA la tu..
asik duk sebut GOMEZ,GOMEZ...

da tengah hari tu,lapor la pulak..
aku ternampak kedai macam KFC,
tapi bukan KFC..
lupa plak nama pe,tapi kedai ni memang xde ah kat malaysia...

aku pon suh la si SCOOTER blanja aku..
kitorang pon berjalan lah pegi sana sebab dekat je pon..

da nak sampai kedai tu,

TIBA-TIBA





"IRAH,NANTI SAPU VERANDA,PASTU MOP SKALI YE"





oh,aku MIMPI rupanye..
adoiii,mati-mati aku ingat real tadi!!!
hampehhhhh

*tahniah kerana anda tertipu,dan walaupon anda dapat rasa anda kene tipu,tapi anda still baca sampai habis...

. terima kasih daun keladi .

Tuesday, July 5, 2011

mari mengenang zaman kegemilangan !

kali ni gua nak kongsi gambar-gambar sewaktu zaman kegemilangan gua..
silalah bergelak ketawa terkentut melihat gambar gua yang agak kesucian tu,haha


MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 SMK KAMIL,PASIR PUTEH,KELANTAN
2008



gua x gua,gambar maintain ayu beb !



bersama two of my best friend
- MIMI & YAYA -



with aku-lupa-nama-dia-sebab-nama-dia-susah-nak-eja
*she's a model now,awww



with my mom =]
*nampak tak aura kebanggaan di situ apabila anak perempuan beliau grad,yeah



MISS UNIVERSE , MOON & STARS
cheewahh



menggunakan segala props yang ada
*zaman ni,kamera digital baru nak peymes,haruslah belajar bercamwhore !



ye,alat props harus di gilir-gilir ok



tetiba aku rindukan saat ni...
cute jugak uniform cekolah kan?



sila fokus pada 2 bijik henpon di atas meja
mungkin anak muda sekarang da xkenal henpon tersebut...
DAUN + SABUN
*henpon termahal kot time tu...



teramat lah poyo muka sengsorang
*tetiba pulak aku jadi pirates sebab da ilang mata sebelah,huhu


ok,cukup lah tu,
xpayah banyak-banyak kang ada yang muntah ijau nanti...

sahutlah cabaran ni  ;
-ENTRI BERGAMBAR ZAMAN SEKOLAH-

. bai .

jom tumbuk screen laptop sesama...

aku ada malaslah sekarang ni...
*ha,sampai eja pon tersyayul

aku ada masalah dengan blogger template...
aku nak yang kiut-kiut,
tapo xreti nak apply,
nak adjust dia punyer kelebaran,ketinggian la apa sume..

kalau senang macam pakai g-string xpe lah jugak..
ni nak kene tekan situ tekan sini,
adoii pening....

ni yang latest aku nyer template...
barang siapa yang membacanya,nescaya cerah bebola mata...
malahan bebola telor pon turut bersinar bercahaya,hahaha

aku pon da bosan sebenarnye nak menggodeok mende alah ni..

bai !

Thursday, June 30, 2011

GIRL vs BOY facebook

funonthenet The Best Group Join It

it's been a while...

fuhhh....
finally i can lay my fingers in this blog...

have a few problems with my laptop & been busy with my final exam...

sorry peeps..
but hey,i'm BACK !!

currently i'm at home,
3 weeks of holidays before my practical...
*question mark for which hospital i'll be working at..

so,there you go,
a little quickie of whats goin on with my life now...

salam sayang .

Friday, May 27, 2011

AFFENDI haluan kanan

just wanna share some candid photos taken by AFFENDI...
i just love his artwork...
all of these photos taken at MID VALLEY MEGAMALL...

he called this as ';

'HUNDREDS FACES OF MID VALLEY'

enjoy =]












































can't wait to see his other collection...
i just requested him to do,
'STREET FASHION OF MALAYSIAN...'
i hope he'll do it...

peace out !

Sunday, May 1, 2011

'eh,jangan ambik GAMBAR KUCING tu,nanti dia akan MATI'

ha,familiar x ayat di atas dalam kehidupan seharian korang???

contoh ayat lain ;

'weh,xbaik taw ambik gambar berTIGA,
nanti orang yang duk kat TENGAH tu akan MATI!'

ok,entri kali ni mak enon nak kupas sal dua contoh ayat di atas...

i'm not sure bout all of you,
tapi mak enon SELALU SANGAT-SANGAT dengar ayat2 di atas...
kalau dengar AYAT-AYAT CINTA xpe gak,huhu

like seriously,mak enon rasa mende2 macam tu MENGARUT ! BULL SHIT !

hah,amik kau,kan da mencarut di HARI CUTI PEKERJA ni,isy isy isy

mak enon penah je ambik gambar kucing,
kucing tu idop pon lagi,
malahan TIAP-TIAP BULAN MENGANDUNG !


so apa jadahnye sume ni???
isy,geram betol taw mak enon...
kenapa la orang kiter nak percaya pada mende yang KARUT-MARUT macam ni...
padahal kite sume da sedia maklum,

'AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN'

bukan di tangan CAMERA atau DSLR...
sape setuju,sila angkat tangan macam sayeee !!

yang ambik gambar bertiga tu,
tu pon karut lagi mengarut-mengarut....

apa kaitan ntah ambik gambar bertiga ngan mati...
erm,ce citer,ce citer...

*apa-apa pon,ini hanya pandangan mak enon....
terpulang la kat korang nak terima ke takkk..
ada aku kesah??haha

sampai sini saja entri kali ini...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !!!

Sunday, April 24, 2011

selamat BERKENALAN



ok,saya taw followers saya xseberapa...
ada aku kesah??hahaha

idak la kesah sangat sebab aku xde akaun NUFFANG pon,
so jangan nak iri hati xnak bukak belog aku sebab takot aku kaya....

nih,sepanjang korang baca belog aku ni,
agak2 korang kenal x aku??

physically mesti la TAKKK,
sebab xpenah bersua pon kan....
melainkan readers tu kawan aku time skolah dulu,
which a few of them only,
coz kalau boley xnak orang yang berkaitan ngan hidop aku tawu blog aku...

pasai pa???
coz i'm tired of stalker yang taw nak meranapkan idop orang aje...

ok,enuf enuf !!
back to the point...
korang kenal aku tak???

to be simple,of koss la korang taw nama aku kan...
ce tengok link blog ni..
dah sah sah tulis 'insanbernama-dot dot',haha
yang baru perasan tu,TAHNIAH ! hahaha

ce korang teka umo i berapa???
18??????
auchhhhhh,heheh

pabila menjelangnye NOVEMBER 2011,
i bakal berusia 20 tahun !!
yeah,angka 2 di depan membuatkan gua terasa tua...

saya di lahirkan di GANU KITE...
tapi di besarkan di GOMO QELATE GOMO...
boleh bertutur dalam kedua-dua loghat bahasa tersebut...
nak bahasa NOGORI pon eden boleh..hehe

currently,i'm furthering my studies dalam bidang MEDICAL LOBORATORY...
bukan pembantu makmal ok,
tapi orang yang incharge lam makmal di hospital..
kalau xtaw xpe,xperlu nak poningponing,
xmasuk dalam soklan exam pon,huhu

saya suka KUCING,
saya benci LIPAS.

tinggi saya ala kadar,
tapi berat saya 'OOPS,TERLEBEY SUDAA' , ahahaha

lagi lagi??
erm,clueless la plak...

kalau nak taw apa2,tanya aje la ek...
by the way ;

. SELAMAT BERKENALAN .

Saturday, April 23, 2011

memanipulasikan BOOOLAN....

boolan selain berfungsi sebagai penantu waktu,
turut berfungsi sebagai props ketika fotografi...

*ntah ape la yang aku merapu ni,ehehe*

ahhh,korang tengok aje la sendiri...



lebar 30cm,panjang...erm........



ok x frame ni??senget x???



jap,jap...xcukup tinggi lak nak capai boolan untuk awak..



yum,yum...banana split!!errr,moon split to be exact,uhuhu



isy,kena cat cepat2 ni,da nak malam ni,kang xberboolan lak mlam ni..



bukak lampu lah,golap,xnampak ape yang i baca..



ini bola,kte kepit bawah ketiak..



erghhh,beratnye....

so,skang,korang da tahu kan fungsi boolan selain menandakan waktu malam...
eh jap,siang2 pon ada jugak booolan...
dan,nape aku eja boolan???
*sarcastic*

Sunday, April 17, 2011

sori,i xde duit KECIK !



giler bapak nak bagi baki kat customer macam nih!

hand-made by me ; PLUSHIES

tuhan itu maha adil...
setiap manusia di anugerahkan dengan kelebihan yang tersendiri........

saya xlawa,
saya bijak dalam pelajaran,
tapi syukur alhamdulillah,
ALLAH kurniakan saya dengan kelebihan dalam seni jahitan...

tapi,saya xde la terer sangat...
biasa2 saje....

di sebabkan hobi saya yang terlalu obses menjahit,
maka saya menggunakan kelebihan ini untuk mencari rezeki sambilan....

dan ini adalah hasil jahitan tangan saya..........



















di jual dengan harga serendah rm2...........
alhamdulillah,setakat ni mendapat sambutan yang meriah....
telah mendapat sebanyak 12 tempahan...

berminat??
boley tempah if berminat....