Friday, November 26, 2010

26 november 2010

sedikit kenang-kenangan di hari yang berbahgia itu...


intan popo ngah bagi arahan kat bibik dia,haha


ini hadiah yang cik bella bagi...
~ WEDDING JOURNAL ~


birthday card with cheap ink,
but with expensive thoughts...


tenkiu kawan <3


hadiah dari cik kira...
lukisan tangan beliau sendiri =]


birthday card yang da lama orang xbagi kat aku =[


camwhoring time !!


cik bella yang da transform menjadi BILAYUNA THE ROCKERS !!


mereka-mereka yang saya sayang
-intan-kira-aimi


cik kira yang da bertukar menjadi CIK AYU OF THE DAY


si mata kuceng


mengerjakan kek habis-habisan !!


di paksa makan kek !!



touch up time !! 


mak andam yang di tempah khas dari jawa pada hari tersebut...
sekejap jadi rockers,sekajap jadi mak andam

birthday girl <3

p.s :: kali pertama sambut birthday ngan kawankawan ...

birthday AISYA !!!

sape yang xwish lagi tu,
reti-reti kan lah diri anda untuk wish yer =p

26 november 1991
*jangan lupa buat reminder lam henpon =]

grrr,rasa macam xnak terima hakikat je yang aisya da TUA...
pejam celik,makan berak,kentut....da 19 rupanye umo aisya...
19 je pon,muda-mudi lagi tu,hihi

hari ni sambut besday kat MID VALLEY...
di sumbat dengan kek SECRET RECIPE...
dan dapat hadiah 'wedding jounal'...
apakah??
haha,pakwe pon xde lagi...
ni yang rasa nak cepatcepat kawin ni...

pastu tengok cerita HARRY POTTER....
tapi,harry potter da gemok,perot buncit,bulubulu,xsyuke!
tapi sebab baca novel dia,kena la tengok...

pastu shopping leather jacket...
tercapai impian,terbang duit...
nasib baik abah bagi rm50,hadiah burfday katanye beliau =]

dan banyakbanyakbanyak notification kat facebook...
letih eden nak ucap tengs...

apapa pon,saya tersangat lah hepi pada hari yang mulia ini =]
maka dengan ini,saya ingin mengucapkan
berzzillion TRIMAS kat sumer yang wish,yang doa,yang bagi adiah,yang tolong sumbat kek,dan macammacam yang lagi...

xlupa,trimas kat ANDA yang khusyuk je baca blog merapu-rapik ni
sekian,terima kasih

*da macam speech menang award je entri ni,huhu =]

Thursday, November 25, 2010

restui aisya ~

Aimi Syairah,
Seksyen26,
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

____________________________________________________________________________________________

Rakan yang aisya kasehi,
Sejagat raya,merata rata di dunia.
Malaysia                                                                                                                           25 November 2010


Tuan/puan,

Memohon maaf dan doakan lah Aisya

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2.Saya seperti nama yang tertera di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar mendoakan kesejahteraan aisya serta mendoakan kejayaan aisya dalam apa jua keadaan lebih lebih lagi memandangkan aisya akan menduduki peperiksaan akhir semester 3 bermula 23 november 2010 sehingga 20 disember 2010.

3)Sehubungan itu,aisya juga ingin memohon maaf dari pihak tuan/puan sekiranya selama mengenali aisya,terdapat pelbagai salah silap,tak kira dari segi tutur kata,perbuatan aisya sama ada sengaja atau tidak yang mungkin menyinggung perasaan pihak tuan/puan.Dengan itu,aisya sekali lagi memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah aisya lakukan.

4)Aisya amat berharap tuab/puan sudi mendoakan kejayaan pakcik pada peperiksaan kali ini.
Segala jasa baik pihak tuan/puan amatlah aisya hargai.

Sekian,terima kasih.

Aimi Syairah si gemok yang manis~

Notes: sila pastikan saya berputus cinta dgn fesbuk di musim2 exam ye~

Sunday, November 21, 2010

final exam sem3


maka,dengan ini,saya,
AIMI SYAIRAH atau nama geli2nye AISYA,
ingin mengisytiharkan,
bahawasanye,

SAYA AKAN BERSARA DARI DUNIA BLOGGER....

xlama,sebulan sahaja =p
pastikan anda semua merindui saya yer....

salam sayang,
xoxo

Friday, November 19, 2010

CHINA mali . . .

di negara CHINA,sume orang mampu pakai barang yang 'BERJENAMA'...

.
.
.
.
.
.
.



ADIDAS



BOSS



PANASONIC



CONVERSE



KFC



NIKE



PSP
(yang macam ni aisya penah jupe kat TESCO,KELANTAN)



SONY



LEVIS



PLAYBOY



ESPRITE



NOKIA
(yang ni kat malaysia pon berlambak...)



PUMA

haha,amacam???
law korang nak pakai barang 'BERJENAMA',
boley la shopping kat CHINA yer,heheh =p

hari raya aidil adha,bukan stakat LEMBU yang TERKORBAN...

pada malam hari raya aidil adha,
kawan2 aisya seramai 5 orang EKSIDEN...
masyaallah....
siap masuk METRO lagi...




'kejadian kira2 jam 12 tengah malam,
berlaku selepas pemandu gagal mengawal kereta kancil yang mereka naiki,
lalu terbabas dan melanggar konkrit roundabout sebelum terlanggar tiang lampu elektrik,
yang kemudian tumbang menghempap kenderaan...
kebakaran berlaku serta-merta selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar tiang elektrik'

tapi syukur alhamdulillah sebab kesemua kawan aisya sempat menyelamatkan diri...
as you can see in the picture,
itu kawan aisya,FATIHAH...
dia sorang je yang melecur teruk...
skang ni dia still di tahan di wad ICU,di hospital HUSM...
she cried everyday because of the pain...
we just hoping and praying that she will be just fine...



ni lah keadaan kereta kancil yang rentung di jilat api



manakala si driver (ZUDIN) juz kena jahit kat area muka..
banyak jugak la kena jahit...
habis bengkak muka dia...

and the rest,aisya xtahu...
but diorang sume juz cedera ringan sahaja...

i was shocked when one of my friend told me...
now,i'm already at shah alam,
so xdapat nak visit diorang,
tapi xpe la,yang penting,doa aisya pada diorang xkan penah putus...

FATIHAH - NAJMI - JAFNI - AMAT - ZUDIN

smoga kalian cepat sembuh =]
insyaallah

p.s / pandu lah kenderaan dengan cermat dan berhemat

Saturday, November 13, 2010

kuasa MAKE-UP !!! -bertukar!!!-

janga ingat SUPER POWER je ada power,
MAKE-UP pon ada power...
kenapa??xpercaya??
wa kasi bukti,lu olang kasi tengok sendili ma...


 amacam??
sikalang baru nak percaya??
cepat pegi hantuk kepala anda kat dinding..
*lepas da hantuk tu,sambung tengok balik ek =p


 kuasa MAKE-UP terulung..
so belilah make-up jenama X...
yang hodoh dapat jadi lawa,
yang lawa lagi lawaaa..


 ooopsss,18 tahun ke atas sedikit di situ..
di harap bersabar tuantuan ek dan tolong jangan stim....


 ini macam pon boley buat ma...


 lepas make-up terus boley bercamwhore sorang2...


yang ni paling power!!
lihat lah ia bertukar...
*tak tahu apa motif dia buat mulut macam katak tu,agaknye nak tiru angelina coli gamaknye,kehkehkeh

kena!!!

macam spender suspen je kan,padahal kena tagged aje,heheh..
trimas NIMO coz sudi tagged aisya =]


XxXxXxXxXxXxXxxXxXxxxXxXXxXxXxXxXxXxxXxXx


Put your music library on shuffle.For each question,press the next button to get your answer.You must write that song title as the answer to the question,no matter how silly it sounds!When you're done,tag people in this note.


1. If someone says, “Is this okay?” you say?
ALL I HAVE TO GIVE - Backstreet Boys
( haha?nampak sangat macam kena paksa je an =p ) 

2. How would you describe yourself?
 DRAMA KING - Meet Uncle Hussain ft Black
(aiseman,macam tau2 je,suratan atau kebetulan kah ini??haha)

3. What do you like in a guy / girl?
NUR KASIH - Yasin
(ku lihat sinar NUR di dalam diri mu =] )

4. How do you feel today?
PERMINTAAN HATI - Letto
( saya nak mintak hati kosong dari lelaki2 di luar sana,saya nak PAKWE =P )

5. What is your life’s purpose?
TODAY WAS A FAIRYTALE -Taylor Swift
(i'm gonna make my day as a fairytale everyday,haha,kan da berbelit ayat tu..)

6. What's your motto?
BERDIRI - Suki
(walau sesakit mana pon saya 'jatuh',saya akan tetap berdiri!!)

7. What do your friends think of you?
FULLMOON - The Black Ghost
(haha,bulan penuh yer...maybe sebab saya ni slalu je TOUCHING~)

8. What do you think of your parents?
TANPA MU - Siti Nurhaliza ft Kris Dayanti
(tanpa kalian,siapalah diri ini,muaahhxxx sayang ma & abah)


9. What do you think about very often?
KERONCONG KASIH SAYANG - Unic
(hehe,i always think about LOVE~)

10. What is 2 + 2?
UNFAITHFUL - Rihanna
(pasangan couple kawan ngan pasangan couple,lepas tu diorang exchange couple,so UNFAITHFUL la jawabnye,haha equation yang xmasuk akal =D)

11. What do you think of your best friend(s)?
RIVER FLOWS ON YOU - Yiruma
(sometimes you are calm,as calm as the river,but sometimes,the river can make a TSUNAMI in no time too,just like you =p )

12. What do you think of the person you like?
BUBBLY - Colbie Caillat
(everytime i see your bubbly face,i get the tingles in silly places =] )
13. What is your life story?
HEART BREAKER - Will.i.am
(yeah,so true!!i'm a heartbreaker,so beware,miahaha)

14. What do you want to be when you grow up?
WANITA - Siti Nurhaliza
(saya nak jadi seorang wanita yang pandai masak,pandai lipat kain dan sebagainyer,letih nak list sume =p )

15. What do you think of when you see the person you like?
POKER FACE - Lady Gaga
(haha,memang nak kena fikir cena nak buat muka poker supaya dia xprasan kite secret admire dia =p )

16. What will you dance to at your wedding?
NAKAL - Gigi
(walaupon da kawin,tapi i still nakal,so incik husband you better take a good care of me sebelum i lariii~)

17. What will they play at your funeral?
SERIBU TAHUN - Imran Ajmain
(walau hidup seribu tahun,jika xsolat,tiada maknanye~maka bertaubat lah..)

18. What is your biggest fear?
PAPARAZZI - Lady Gaga
(paparazzi or STALKER,yes i do fear them for stalking my life!!)

19. What is your biggest secret?
MENUNGGU MU - Peterporn ft Chrisye
(aku selalu menunggu mu untuk kembali pulang ke sisi ku =[ )

20. What will you post this as? 
TERIMA KASIH CINTA - Afghan
(terima kasih NIMO coz sudi tagged aisya =] )

Orang yang aisya nak tag ialah:
-sume manusia yang baca blog inih
-zukzuhaiza
-mr lukisan
-anastasyea
-prettynurul

Friday, November 12, 2010

SURAT dari ABANG =(

Aku ada seorang abang,tapi kitorang da lama berpisah..Aku selalu utus surat kat die,tapi satu pon dia xbalas..

2 Tahun lepas,aku berkawin tanpa izin abang.Aku da puas cari dia untuk di jadikan sebagai wali aku,tapi xjumpa..Sepanjang perkahwinan aku,hati aku xpenah tenang..Mungkin kerana aku kawin tanpa keizinan abang..

Cuti sekolah yang lepas,aku ajak suami aku balik kampung..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah aku..

Semasa aku ngah bersihkan rumah usang tu,aku tersapu surat-surat yang selama ni aku kirimkan pada abangku..

Aku mengutip surat-surat itu..Lalu aku perhatikan satu persatu..Aku terpandang surat yang pernah aku kirimkan pada abang sebelum aku berkahwin…Lalu aku membaca surat itu kembali..


Abg,ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..Time tu plak ko Tingkatan 5..Masa tu diorang eksiden masa nak g beli kek befday aku sebab aku mengamuk xde orang yang ingat befday aku..Masa aku mengamuk tu,aku baling semua perhiasan kat umah kite,sampai mak terpaksa pujuk  ayah untuk pegi beli kek supaya aku berhenti mengamuk..Tapi aku hairan,dalam banyak2perhiasan yang aku baling,ada  satu bekas kaca yang aku pecahkan..Then tiba2 banyak air yang keluar dari bekas kaca tu..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..

Sebelum mak dan ayah pegi beli kek,diorang cium kita berdua.Diorang cakap kat ko::

“Abg,ko jaga adik elok2 tauJangan bagi dia nangis.Kalo mak dah xde,ko jangan tinggalkan die sorang2..."

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek,time tu ko baru balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko suke warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite,sebab aku suke warna pink. Lepas mak dan ayah meninggal,ko da xwish lagi bufday aku ..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu..Ko plak da berhenti sekolah..Bila aku tanya ko pegi mana,ko xpenah jawab,ko diam je..Tapi malam2 baru ko balik dan ko xpernah nak tegur aku..Ingat tak,satu hari tu,aku masak untuk ko,makanan feveret ko,ayam masak merah..Tapi ko xmakan pon..Aku sedih sangat2...Punyalah berjam-jam aku masak,last2 ko xmakan pon...Tapi pagi esoknye,aku nampak sisa ayam2 yang ko makan dalam tong sampah...Aku hepi sangat2 sebab akhirnye ko makan jugak masakan yang aku masak...Tapi,ko xpenahpun nak ucap terima kasih kat aku....

Abg, ko ingat lagi x..

Pernah sekali aku nak mintak duit nak buat blanja kat sekolah,tapi time tu ko tengah tido..So,aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko sebab aku da lambat nak pegi sekolah..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku berdarah.Tapi ko xpujuk aku balik pon..Minta maaf pon x...Nasib baik luka tu dah elok keesokan harinya..

Abg,ko ingat x..

Masa umur aku 18 tahun,ko hantar aku ke Kuala Lumpur,umah Pak Long..Ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko xdatang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa satu pun tidak berbalas???Kenapa bang??kenapa???

Sekarang umur aku dah cecah 26 tahun,umur ko pon da 32 tahun...Abang,aku dah disunting orang..Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Apa sebenarnya yang sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.


Hati aku terdetik untuk menyelongkar rumah pusaka ni…Semasa aku membuka pintu almari ku yang usang,tiba2 ada satu kotak besar jatuh...Aku membuka kotak tersebut..Di dalamnye,terdapat banyak kotak2 kecil berserta sampul2 surat..

Dan tiba2 mata aku terpaku pada satu sampul surat yang  sangat cantik…Lalu aku membuka sampul surat itu… 


Kehadapan adikku yang jauh di mata..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye,kau pecahkan semua perhiasan rumah kita..Tapi,tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah harijadi untukmu??Mesti kau xperasan..Bekas yang mempunyai air itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku,ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah sanggup berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan semata-mata untuk membeli hadiah harijadi untuk kau..

Adikku sayang..

Aku tau kau xsuka warna biru..Tapi aku tetap beli pengikat rambut itu untuk kau,dengan harapan  kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut berwarna biru itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu dalam longkang,aku dah ambil balik,dan cuci bersih2..Aku masih simpan pengikat rambut tu...Aku telah letakkan dalam salah sebuah kotak kecil itu..Nanti kau ambil ya..Aku nak sangat tengok kau pakai,walaupun aku tahu kau xsuka..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi ucapan sewaktu tanggal hari jadi mu..Mungkin kau sudah lupa,pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku xnak kau melihat tangisan ku apabila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik pada waktu malam sahaja??Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk ldi letakkan ke dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah kau,makan kau,baju2 kau dan semua persiapan kau..Kerana masa tu,kau sangat terkenal dengan kecantikan kau...Ramai yang memuji..Jadi aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Aku tidak pulang pada siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga di siang harinya, dan aku sengaja makan semasa engkau tidur,supaya jari-jemarimu xtercedera dan kasar semasa membasuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana xcukup tidur semata-mata menemani aku makan di tengah2 malam..

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segala keperluan harian ku..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya??Jika aku hendak ucapkan terima kasih,biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hayatku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa izin adalah berdosa?Aku xsanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan buat kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..Lepas kejadian tu,kau dah xambil barang orang lain sesuka hati kan??Itu tandanya perbuatanku xsia2 kerana aku telah dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan ku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah,aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun dari tidur..Aku xmahu bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan abang kerana terpaksa memisahkan kau dari aku..Sebenarnya,aku menghantar kau ke rumah Pak Long kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana aku terlalu terdedah pada debu dan simen ketika bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku pengsan sewaktu bekerja lalu dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidap barah paru2 dimana badan aku sudah tidak berupaya untuk memikul barang2 berat,serta pernafasan ku sudah xselancar dulu..Patutlah aku selalu batuk2,sesak nafas dan pandanganku juga makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital dan doktor meramalkan bahawa aku xkan bertahan lama..Jadi,aku putuskan untuk menghantar kau ke Kuala Lumpur,supaya Pak Long dapat menjaga kau kerana aku sudah tidak mampu menjagamu...Dan aku xmahu melihat kau bersengkang mata menjaga aku setiap hari di hospital sedangkan remaja2 lain sibuk mengejar cita2...Aku nak tengok kau berjaya...

Sayangku..

Aku titipkan surat ini di rumah pusaka,ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita,bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah harijadi untuk mu yang telah aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika aku tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini,aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih,di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

  1. TERIMA KASIH kerana menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian yang kotor dan berdebu
  2. TERIMA KASIH kerana membasuh pakaianku yang busuk dengan peluh ku
  3. TERIMA KASIH kerana sentiasa senyum dan bersalam dengan ku setiap kali ketika aku pulang dari kerja
  4. TERIMA KASIH kerana memasak lauk kegemaranku
  5. TERIMA KASIH kerana sentiasa mengingatiku dan menulis surat untukku walaupun aku xbalas
  6. TERIMA KASIH untuk segala yang kita tempuhi bersama,suka mahupun 

Adikku sayang..


sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan Pak Long menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada di muka bumi ini..Bahagiakanlah dirimu,kerana itu yang aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau pernah ingkarinya..


Salam sayang sedalam-dalamnya,


Abang.


Aku termenung bersama jernihan airmata yang mengalir..Lantas,aku buka satu persatu hadiah yang di perkatakan..

Semuanya berwarna pink,warna kesukaanku..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah..

Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…


p.s --> ini BUKAN kisah aisya,tapi kisah seseorang yang aisya ingin kongsikan kepada semua..semoga kita mendapat pengajaran daripada kisah ini...

*KALAU MAHU COPY&PASTE,SILA MINTAK IZIN TERLEBIH DAHULU =]

Thursday, November 11, 2010

RANTAI yang hilang..

cuba teka apa objek yang sama lam gambar di bawah??


.
.
.
.
.
.
.
rantai tu...
prasan tak??
skang ni terfikir-fikir,mana perginya rantai tu???

Wednesday, November 10, 2010

1st time join CONTEST !!

heheh excited giler,first time kot =p
contest ni cik MUNNYRA yang kasi..
(http://munnyra-azmie.blogspot.com)



so aisya nak try luck la..
mana tau kot2 menang...
hadiah dia bez ouh...

WANG TUNAI RM 50 dan OLE-OLE DARI KAMPUNG MUNNYRA BERNILAI RM 50

bez kan???mesti la bez...
sape la xsuka hadiah,lagilagi duit $$$$ ka-ching!!

syarat contest ni simple-mimple-pimple jer..
juz letakkan gambar keluarga  yang the best & happy momments ..
then letak caption kat bawah gambar tu..

jeng . jeng . jeng


gambar ni masa CHINESE NEW YEAR 2o1o..
tapi kitorang bukan berada di CHINA mahupon di kedai APEK...
latar belakang hanya kat TIMES SQUARE je,hikhik
terima kasih times square kerana telah menyediakan props untuk kami bercamwhore =]

mintakmintak la menang...
doakan aisya yer sume =]