2 Tahun lepas,aku berkawin tanpa izin abang.Aku da puas cari dia untuk di jadikan sebagai wali aku,tapi xjumpa..Sepanjang perkahwinan aku,hati aku xpenah tenang..Mungkin kerana aku kawin tanpa keizinan abang..
Cuti sekolah yang lepas,aku ajak suami aku balik kampung..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah aku..
Semasa aku ngah bersihkan rumah usang tu,aku tersapu surat-surat yang selama ni aku kirimkan pada abangku..
Aku mengutip surat-surat itu..Lalu aku perhatikan satu persatu..Aku terpandang surat yang pernah aku kirimkan pada abang sebelum aku berkahwin…Lalu aku membaca surat itu kembali..
Abg,ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..Time tu plak ko Tingkatan 5..Masa tu diorang eksiden masa nak g beli kek befday aku sebab aku mengamuk xde orang yang ingat befday aku..Masa aku mengamuk tu,aku baling semua perhiasan kat umah kite,sampai mak terpaksa pujuk ayah untuk pegi beli kek supaya aku berhenti mengamuk..Tapi aku hairan,dalam banyak2perhiasan yang aku baling,ada satu bekas kaca yang aku pecahkan..Then tiba2 banyak air yang keluar dari bekas kaca tu..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..
Sebelum mak dan ayah pegi beli kek,diorang cium kita berdua.Diorang cakap kat ko::
“Abg,ko jaga adik elok2 tauJangan bagi dia nangis.Kalo mak dah xde,ko jangan tinggalkan die sorang2..."
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek,time tu ko baru balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko suke warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite,sebab aku suke warna pink. Lepas mak dan ayah meninggal,ko da xwish lagi bufday aku ..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu..Ko plak da berhenti sekolah..Bila aku tanya ko pegi mana,ko xpenah jawab,ko diam je..Tapi malam2 baru ko balik dan ko xpernah nak tegur aku..Ingat tak,satu hari tu,aku masak untuk ko,makanan feveret ko,ayam masak merah..Tapi ko xmakan pon..Aku sedih sangat2...Punyalah berjam-jam aku masak,last2 ko xmakan pon...Tapi pagi esoknye,aku nampak sisa ayam2 yang ko makan dalam tong sampah...Aku hepi sangat2 sebab akhirnye ko makan jugak masakan yang aku masak...Tapi,ko xpenahpun nak ucap terima kasih kat aku....
Abg, ko ingat lagi x..
Pernah sekali aku nak mintak duit nak buat blanja kat sekolah,tapi time tu ko tengah tido..So,aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko sebab aku da lambat nak pegi sekolah..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku berdarah.Tapi ko xpujuk aku balik pon..Minta maaf pon x...Nasib baik luka tu dah elok keesokan harinya..
Abg,ko ingat x..
Masa umur aku 18 tahun,ko hantar aku ke Kuala Lumpur,umah Pak Long..Ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko xdatang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa satu pun tidak berbalas???Kenapa bang??kenapa???
Sekarang umur aku dah cecah 26 tahun,umur ko pon da 32 tahun...Abang,aku dah disunting orang..Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Apa sebenarnya yang sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.
Hati aku terdetik untuk menyelongkar rumah pusaka ni…Semasa aku membuka pintu almari ku yang usang,tiba2 ada satu kotak besar jatuh...Aku membuka kotak tersebut..Di dalamnye,terdapat banyak kotak2 kecil berserta sampul2 surat..
Dan tiba2 mata aku terpaku pada satu sampul surat yang sangat cantik…Lalu aku membuka sampul surat itu…
Kehadapan adikku yang jauh di mata..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye,kau pecahkan semua perhiasan rumah kita..Tapi,tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah harijadi untukmu??Mesti kau xperasan..Bekas yang mempunyai air itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku,ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah sanggup berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan semata-mata untuk membeli hadiah harijadi untuk kau..
Adikku sayang..
Aku tau kau xsuka warna biru..Tapi aku tetap beli pengikat rambut itu untuk kau,dengan harapan kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut berwarna biru itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu dalam longkang,aku dah ambil balik,dan cuci bersih2..Aku masih simpan pengikat rambut tu...Aku telah letakkan dalam salah sebuah kotak kecil itu..Nanti kau ambil ya..Aku nak sangat tengok kau pakai,walaupun aku tahu kau xsuka..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi ucapan sewaktu tanggal hari jadi mu..Mungkin kau sudah lupa,pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku xnak kau melihat tangisan ku apabila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik pada waktu malam sahaja??Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk ldi letakkan ke dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah kau,makan kau,baju2 kau dan semua persiapan kau..Kerana masa tu,kau sangat terkenal dengan kecantikan kau...Ramai yang memuji..Jadi aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Aku tidak pulang pada siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga di siang harinya, dan aku sengaja makan semasa engkau tidur,supaya jari-jemarimu xtercedera dan kasar semasa membasuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana xcukup tidur semata-mata menemani aku makan di tengah2 malam..
Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segala keperluan harian ku..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya??Jika aku hendak ucapkan terima kasih,biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hayatku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa izin adalah berdosa?Aku xsanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan buat kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..Lepas kejadian tu,kau dah xambil barang orang lain sesuka hati kan??Itu tandanya perbuatanku xsia2 kerana aku telah dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan ku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah,aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun dari tidur..Aku xmahu bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan abang kerana terpaksa memisahkan kau dari aku..Sebenarnya,aku menghantar kau ke rumah Pak Long kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana aku terlalu terdedah pada debu dan simen ketika bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku pengsan sewaktu bekerja lalu dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidap barah paru2 dimana badan aku sudah tidak berupaya untuk memikul barang2 berat,serta pernafasan ku sudah xselancar dulu..Patutlah aku selalu batuk2,sesak nafas dan pandanganku juga makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital dan doktor meramalkan bahawa aku xkan bertahan lama..Jadi,aku putuskan untuk menghantar kau ke Kuala Lumpur,supaya Pak Long dapat menjaga kau kerana aku sudah tidak mampu menjagamu...Dan aku xmahu melihat kau bersengkang mata menjaga aku setiap hari di hospital sedangkan remaja2 lain sibuk mengejar cita2...Aku nak tengok kau berjaya...
Sayangku..
Aku titipkan surat ini di rumah pusaka,ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita,bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah harijadi untuk mu yang telah aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika aku tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini,aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih,di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
- TERIMA KASIH kerana menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian yang kotor dan berdebu
- TERIMA KASIH kerana membasuh pakaianku yang busuk dengan peluh ku
- TERIMA KASIH kerana sentiasa senyum dan bersalam dengan ku setiap kali ketika aku pulang dari kerja
- TERIMA KASIH kerana memasak lauk kegemaranku
- TERIMA KASIH kerana sentiasa mengingatiku dan menulis surat untukku walaupun aku xbalas
- TERIMA KASIH untuk segala yang kita tempuhi bersama,suka mahupun
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan Pak Long menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada di muka bumi ini..Bahagiakanlah dirimu,kerana itu yang aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau pernah ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.
Aku termenung bersama jernihan airmata yang mengalir..Lantas,aku buka satu persatu hadiah yang di perkatakan..
Semuanya berwarna pink,warna kesukaanku..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah..
Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…
p.s --> ini BUKAN kisah aisya,tapi kisah seseorang yang aisya ingin kongsikan kepada semua..semoga kita mendapat pengajaran daripada kisah ini...
*KALAU MAHU COPY&PASTE,SILA MINTAK IZIN TERLEBIH DAHULU =]
No comments:
Post a Comment