2011 .
pelbagai kisah cerita yang tercatit.
di awalannye,aku sudah lupa.
short term memory lost mungkin.
tapi di penghujungnya,masyaallah.
hidup aku mulai xterurus sejak aku berpraktikal di HOSPITAL KUALA KUBU BHARU,hulu selangor.
selepas 4 bulan bekerja tanpa gaji (praktikal),
aku pulang ke kampung.
membawa 1 impian :
mahu bercuti bersama keluarga di MELAKA dan JOHOR.
3 hari aku berperang dengan laptop,
menyiapkan assignment yang di hantar via pos laju.
*terima kaseh abang posmen
tangan ligat menyusun ayat dan mentranslate kata,
sambil menjaga nenek di hospital..
tanpa menghiraukan pandangan sinis nurse..
*guna laptop lam ward =.="
saat yang xkan aku lupakan,
saat aku di dalam ambulans bersama nenek.
nenek memegang erat kedua-dua tangan aku,
seolah-olah itu kali terakhir dia pegang tangan aku.
dari tengah hari sampai petang,
aku menemani nenek aku dalam bilik kecemasan zon merah.
hanya kata-kata ini yang menemani aku :
'irah,jangan tinggalkan nenek'
'irah,tolong nenek'
tuhan itu maha berkuasa,
rupa-rupanya itulah kali terakhir aku mendengar suara nenek aku memanggil nama aku.
hampir seminggu aku berkampung di hospital,
menjaga nenek yang sudah koma di icu..
tanggal 22 disember 2011,
nenek aku di jemput ilahi di dalam ambulans.
selama 7 hari majlis tahlil di buat untuk arwah nenek.
semalam adalah hari terakhir aku tidur di rumah arwah nenek.
tanggal 29 disember 2011,
abang aku dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada kakak ipar ku.
abang yang sulong.
tanpa aku sedari,
hari ini adalah hari terakhir di tahun 2011.
tiada kata-kata,hanya tangisan menemani.
bukan meratapi,cuma merindui.
kerana aku lah yang menjaga arwah nenek ketika dia sakit.
aku lah yang membasuh beraknya..
dia nenek aku.
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
dan semoga abang bahagia dunia akhirat.
2012 --> kehadiran mu di nanti,semoga segalanya indah .