Saturday, December 31, 2011

penghujung 2011 .

2011 .

pelbagai kisah cerita yang tercatit.

di awalannye,aku sudah lupa.

short term memory lost mungkin.

tapi di penghujungnya,masyaallah.

hidup aku mulai xterurus sejak aku berpraktikal di HOSPITAL KUALA KUBU BHARU,hulu selangor.

selepas 4 bulan bekerja tanpa gaji (praktikal),
aku pulang ke kampung.

membawa 1 impian :

mahu bercuti bersama keluarga di MELAKA dan JOHOR.

3 hari aku berperang dengan laptop,
menyiapkan assignment yang di hantar via pos laju.
*terima kaseh abang posmen

tangan ligat menyusun ayat dan mentranslate kata,
sambil menjaga nenek di hospital..
tanpa menghiraukan pandangan sinis nurse..
*guna laptop lam ward =.="

saat yang xkan aku lupakan,
saat aku di dalam ambulans bersama nenek.

nenek memegang erat kedua-dua tangan aku,
seolah-olah itu kali terakhir dia pegang tangan aku.

dari tengah hari sampai petang,
aku menemani nenek aku dalam bilik kecemasan zon merah.

hanya kata-kata ini yang menemani aku :

'irah,jangan tinggalkan nenek'

'irah,tolong nenek'

tuhan itu maha berkuasa,
rupa-rupanya itulah kali terakhir aku mendengar suara nenek aku memanggil nama aku.

hampir seminggu aku berkampung di hospital,
menjaga nenek yang sudah koma di icu..

tanggal 22 disember 2011,
nenek aku di jemput ilahi di dalam ambulans.

selama 7 hari majlis tahlil di buat untuk arwah nenek.

semalam adalah hari terakhir aku tidur di rumah arwah nenek.

tanggal 29 disember 2011,
abang aku dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada kakak ipar ku.

abang yang sulong.

tanpa aku sedari,
hari ini adalah hari terakhir di tahun 2011.

tiada kata-kata,hanya tangisan menemani.

bukan meratapi,cuma merindui.

kerana aku lah yang menjaga arwah nenek ketika dia sakit.

aku lah yang membasuh beraknya..

dia nenek aku.

semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

dan semoga abang bahagia dunia akhirat.

2012 --> kehadiran mu di nanti,semoga segalanya indah .

Friday, August 5, 2011

'main' ramai-ramai

phew,xsangka,da 3 hari rupanya aku bekerja di HOSPITAL KUALA KUBU BHARU...
*bekerja tanpa gaji (praktikal)

untuk 2 minggu pertama ni,
aku di tempatkan di bahagian KAUNTER...
*tempat terima borang pesakit

selama 3 hari tu jugak lah,
macam-macam jenis patient aku jumpa...

yang paling hot ::

seorang budak lelaki,
baru je berumur 19 tahun,
tapi doktor suspect kena penyakit SYPHILIS...
*kalau xtaw sila google

dekat description borang tu,
doktor tulis 'MULTIPLE SEXUAL PARTNER'

pergh,mesti 'main' ngan ramai pompuan ni...
bulan puasa kot...

budak tu boleh tahan encem gak r,
tapi pakai rantai,
n nampak cam nakal sikit...

mungkin budak tu xtahu apa yang doktor tulis,
sebab tu dia macam xmalu je..
*aku plak yang malu >__<

tapi,syukur lah,
result test NEGATIVE

aku geram je nak nasihat budak tu,

"ADIK,KALAU NAK 'MAIN' PAKAI CONDOM TAW"

"KALAU XMAMPU NAK BELI,MINTAK KAT HOSPITAL,FREE JE"

kesimpulannye,

korang-korang yang baca entri ni,

- AMALKAN LAH SEKS SELAMAT -

bai !

Wednesday, July 27, 2011

scene common dalam bas rapid...

hari RABU adalah hari MOVIE MURAH di GSC...

maka,wajiblah gua menggunakan masa terluang dengan menghabiskan masa di dalam punggung wayang..

seperti biasa sharp pukul 9 pagi,
gua akan terpacak dekat bus stop menunggu bas RAPID U65...

dan macam biasa jugaklah,
gua terpaksa 'berperang' dengan warga-warga asing untuk naik bas tu...

ketiak masam korang xpayah cakap,
memang elok-elok je diorang tadah bawah muka gua,
maklum la,gua ni kecik cinonet...

bila gua masuk je dalam bas tu,
gua rasa macam gua da 'terbang' ke INDONESIA ya pakk....

pastu tetiba gua rasa segan,
macam gua pulak yang jadik pendatang asing ??

kalau time-time puncak,
memang gua kena 'double protection'...

depan belakang kena cover der,lagi-lagi pompuan..
kalau x,memang terasa la tangan yang meraba-raba,
atau benda keras...errr lu pikir la sendiri !!

henpon canggih-canggih memang korang kena triple protection..
seeloknye,bawak la pad lock yang paling besar,
lepas tu gari kat tangan...

gua penah kot hampir hilang encet,
gua terasa ada orang seluk dalam poket gua,
pastu tarik encet gua...
gua pon cepat-cepat la pegang...
yang xley blah,
si penyeluk saku tu boley buat muka dekk je kat gua...
padahal gua cam kot muka dia...
panasss der...

ni antara scene yang paling common la kalau korang naik bas rapid...
malas pulak aku nak taip panjang-panjang..

bai !

Wednesday, July 13, 2011

kadang - kadang kite xperlu jadi ARTIS untuk jadi seglemer ARTIS .

this is what i call NATURAL BEAUTY ::



oh,ini bukan FATIN LIYANA,ini ENGKU SULWANI
*macam pelanduk dua serupa kan,mungkin braces itu faktor utama,mungkin



perfect ! marvelous !



xperlu makeup tebal 3 inci,
xperlu bulu mata palesu,
xperlu gincu semerah delima,
NATURAL BEAUTY !!



kalau orang tipu aku cakap dia artis,
aku percaya beb !



kenapa aku letak gambar dia banyak-banyak?
sebab aku nak cakap taip,
walaupun dia insan biasa,
tapi dia nampak macam artis doe  !



ok,jangan salah faham,
dia xrasuah aku apa-apa,
aku tulis entri ni sebab aku adore dia...



dia pon ada belog,
tapi gua da lupa link dia,
nanti gua mintak ngan dia ehh
*bersabar abang...bersabar abang.. (nada suara shuib sepah)



aku kenal dia sebab dulu dia couple ngan kawan aku..
tapi diorang da clash..
tapi oopppss,sori..hati dia sudah aku-kunci-hati-itu oleh someone
*xpe,gua single lagi,mau??haha



nak otograph boley??
otromen pon boley..



beliau sangat seswai jadi model,kan??
*kalau berminat korang boley contact gua..
eh tetiba pulak melantik diri sendiri jadi PA,haha



ok itu nama pakwe dia


. adios amigos .

pakai baju pink nanti kene weewit dengan mat rempit .

petang tadi beta berhajat nak makan NASI AIR PAK AWI,
di PANTAI AIR TAWAR..
*tapi air dia tetap masin ok

malangnye,kedai tu tutup...

so,aku & cuzin pegi beli jagungairjagunghotdogsateikan dan makan kat tepi pantai...

and aku berbaju PINK di hari tersebut beserta kain kembang-kempis di tiup angin pantai...

petang-petang memang tabiat mat rempit merempit kat kawasan pantai tuu..

waktu aku ngah berjalan,kebetulan diorang ngah merempit..

then ...

'weeewiiittttttttttt,baju PINK tuuuu'

ok fine aku telah di weewit oleh mat rempit..
maka kembang-kempis la idong ku,muahahaha

*next time da xnak pakai baju pink lagi pegi pantai,nanti kene weeewit !

Sunday, July 10, 2011

membunuh KETAM dengan kejam !

menu dinner malam ni ::

- MAGGIE KETAM -

agak exotic di situ,atau mungkinkah erotic,haha

sungguh aku xsangka mak aku sorok ketam bawah tudung saji !
ketam hidup pulak tuu !!

so,sementara ketam tu hidup,
aku & abang aku pun apa lagiiiii,
mula lah menyiksa kitam-kitam tersebut...

bukan siksa sangat pon,
juz amik gambar diorang je,huhu

pastu,ayah pegi rebus air...
siriyesly,aku xde pengalaman handle ketam...
sebelum ni,juz terus makan yang terhidang...

aku tertanya-tanya jugak lah macam mana nak masak ketam ni..
maksud tersirat aku,

MACAM MANA NAK BUNUH KETAM ??

air da mendidih,
ayah angkat ketam tu sekor-sekor,
lepas tu ...

celup-celup dalam air panas...
macam MINAH CELUP aku tengok ketam tu...

agak kesian tengok cara diorang mati,
tapi what to do,
tu da nasib diorang...
kalau terlebih kesian,nanti xtermakan la ketam tu..
mahal kotttt....

sekarang ni,tunggu masa je nak masak maggie...

*adakah aku layak bergelar serial killer skang??huhu