Wednesday, November 10, 2010

tempat paling bez nak lepak :: PETI SEJUK

xpercaya,tengok pompuan nih ::


 kalau OMAK ekau tengok ni,memang kena tikam ngan garfu gamaknye...


 da la lawa,boley buat macam ni plak,
perghhhh.....sikit pon aku xheran =p


 kalau time pegi interview korang duduk macam nih,
memang KOMPEM...
kompem kena HALAU...haha
xsenyonyong xsenonoh betol...


ni mesti jap lagi LADY GAGA nak tiru nih,hoho
jalan kat red carpet macam ni memang ummmphhh la...

dan ini sepatah dua kata dari si tuan empunya badan ::

'As soon as I started doing it I was addicted and I knew this is what I wanted to do for the rest of my life.' -Zlata

p.s : nak tiru tapi kang ada yang masuk ICU esok,kihkih

kisah lucu 18 sx!!!

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!


Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia.pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :


"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"


Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".


Cikgu Murni membawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.Abu bersetuju untuk mengambil ujian tersebut.




Pengetua: 3 x 3?


Abu: 9


Pengetua: 6 x 6?


Abu: 36




Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.




Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?


Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?


Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas SUPER POWER.


Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: .Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?


Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.


Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?


Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"


...........................................................................


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

*sesape nak copy & paste,sila mintak izin dulu kat ruangan komen yer ,harap maklum =]

Tuesday, November 9, 2010

saya cinta awak kerana ...........??????

Alkisah seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampus,kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan,cantik, menawan dan yang paling orang suka,dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Lelaki A merupakan anak seorang Dato'.Mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.


Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A:  Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (sengaja membuat dalih)


Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.


Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

 Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana tuhan telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (sambil melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.


Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
  

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab tuhan telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia.Saya minta diri dulu..


Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian...

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga.

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...


Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana.Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan baju kurung.. Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.


Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama islam saya Nur Alissa Zakiyyah. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...


Akif hanya tersenyum..Akhirnya,dia dah jumpa perempuan yang bakal menjadi permata hidupnya..

Monday, November 8, 2010

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

*haha,giler kuat imaginasi budak nih...

Sunday, November 7, 2010

seMALAM

semalam 7 NOVEMBER kan???
aku slalu lost track law babbab tarikh ni..

tapi,aku xlupa..
aku xlupa 7 NOVEMBER tu BIRTHDAY adik aku..
aku xLUPA dan xkan LUPA..

cuma....
aku LUPA nak WISH jer..
heheh =p

sorry adik...
malam tu,kakak dalam perjalanan pulang ke shah alam..
tertido atas bas sampai meleleh air liur basi..
sampai shah alam,sambung tido lagi..
henset lak bateri habis,
sebab masa lam bas tu,
melayan lagu sebab boring..

err,cukup kuat x alasan tu untuk tebus balik kesalahan akak??
heheh


KAKAK sayang ADIK

tahun ni da genap umur adik 16 tahun..
da cukup tua da untuk fikir baik dan buruk..
jaga diri leklok sebab adik pon tahu kan kakak xdapat jaga adik..

walaupon kita xpenah duduk sebumbung,
jarangjarang je jupe,
tapi adik kena ingat,
KAKAK sayang ADIK...

sayang sangatsangat..
kadangkadang windu sangat sampai melelehleleh air mata...
ADA adik,tapi macam XDE adik...

xpe la dik,TUHAN lebih mengetahui..
mungkin ada hikmah di sebalik sume ni...
doa la banyakbanyak dik bia satu hari nanti kuarga kita di satukan...

dan akak nak minta maaf,
sebab tiap kali adik ajak kakak tido kat umah kuarga kita,
kakak slalu xdapat penuhi permintaan adik..
kakak harap adik faham situasi akak..
banyak HATI yang akak kena jaga..
mengertilah..

dan maaf,sebab gambar kat atas tu je yang akak ada..
gambar masa raya hari tu..

simpan ni lam hati ::
...KAKAK sayang ADIK...

KENAPA ABANG SELALU BULI AKU???




Entri ni khas utk abg aku n abg2 yg ade adek2 sekelian...


kite copycat dialog iklan digi jap....

ADEK: Kenapa abg selalu buli akuuu????!!!!! 

ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!!..hahaha

............................................................................................................

WAAA..x suke dialog nie..sebb dialog nie pernah, tengah n akan sentiasa hantui aku kat mane2 aku pergi.....cisciscis...kenape ko lahir untuk buli aku haa???....

dear my abg,

aku tulis note ni tuk ko sebab aku rase aku taw kenape ko  selalu buli aku... yela kokan lelaki..mmg suke buli adek pompuan yg lemah cam aku ni kankankan?...kenape  ko suke larang aku bwat sumtin tp ko sendiri yg bwat???,,,...ce tengok balek ape yg ko buwat tp ko x kasi aku bwat..cis. nah ko!..haha


mse kecik2  ko slalu ckp cnikan..
" ko ni.... seboklah!...aku nk pergi mane2 pon ko nak ikut.dudukjela kat umah...xyah pegi mane2"
waaa..bengang aku tym nie..adeke abg ak ckp kat aku cni..cis..ble aku nak kuar pegi mane2 ngn kawan ko x bg...tp ko tu..pegi kuar tiaptiap hari lepak2 kat luar xpe pulak..hesh.

tp aku taw senanye dlam hati  ko nak ckp cni,
"abg x nk ko kuar..mcm budak2 popuan len kat luar sane... ko tu pompuan..sorg je adek abg.. abg xnak nt ko jd liar n kene heret ngn jantan2 tapahape kat luar tu...lgpon pompuan x elok slalu kuar2 sgt...kan bhye... n abg x kesahla ko nak marah abg ke ape..ko x nampak lagi dunia luar tu cne...so abg kene la protectla adek abg..abg ckp cmtu sbb aku syg ko..ko kan adek abg.. =)"


pastu ade lagi, mase sekolah menengah ko ckp cni...
"Ko jgn berani nak kapel2...klu aku dpt taw..aku lempang ko ngn jantan tu aku lunyai2 kan.."
eleh ko..punyela mara klu dpt taw aku kapel..ko tu, dulu playboy ..asek2 cter kat aku name makwe bru ko..apekah ini?..sumph takut tengok muke ko mase dpt tau tu...hahaa teros break..ko interview laki tuh mcm ko ni polis ...n laki tu penjenayah plak..haha..

tp aku taw snanye hati ko nk ckp cni
"abg bukan ape...ko ni..jgn cepat sgt percaye laki nie...dorg sume bukan nye boleyh percaye..abg byk kawanlaaaa...abg x nk la adek abg pilih org tapahape..ko pon tengok abg pon ko dah tahu..abg playboy..abg taw ko kuat nanges..so..xnak la adek abg nanges sebb bnda2 bodoh cni..abg xnakla adek abg sedih..ko ingt abg ske ke ade laki len gedik2 ngn ko..dorg tu sume x ley pki tue.... klu ko nk taw laki yg terbaek tuk jage ko adelah aku..hahaha..yelaa..aku kan abg... selagi ko x kawen..abg yg jage ko taw tak!..=)"

ade lagi...ko ckp cni
"weyh, aku lapar ni..ko masak cepat..aku nak air sekali..ko letak ais byk2 ...aku nak yg sedap2 punye..aku x ske tawar2... "

lepas dah makan..boleyh plak ko ckp cni ek..
"weyh..basuh pinggan jangan biar dapur sepah2"..
waahhh..koo..melampau nie...ko ingat aku nie hamba abdi ko ke??..pemalasnye ko..cis...

tapi ak taw senanye dalam hati ko ko nk ckp cni,
" adikku, abg sebenarnye nak latih ko jd istri mithali ni..... mnela tau nt ko dpt husbad suke suruh2 org mcm die tu bos besar ke apeke...manela tau dulu husband ko mase kecik2..sume mak die bwatkan utk die smpi suar kecik die pon mak die basuhkan..sekurg2nye ko da redy..kankankan?.. =)..haaaa.. mesti tym ni ko bwat smbil pejam mate jekann...abg nk ko jd istri n mak yg baek..kan abg dah train ko ckup2..hehehe..see  abg syg ko taw tak =)"

lagilagi ko ckp lagi kat aku'
"Ko xyah nk kenal2 ngn kawan aku wlaupon kwan aku hensem2.. ..aku x ske ko knal dorg..tp aku knal kawan ko x pe..sebb kwan ko cun2.. boley aku try..haha"
ko ingat aku nak sangat ke kwan ngn kawan2 ko tue..x heranlaaa...kwan2 aku da ramai.. ko tu yg penyebok usha kwan aku nk try market..x malu ke?..hahaha

tp aku taw ko snanye nk ckp cni,
"abg bukan ape, kwan2 abg tu sume x ley pki..giler.tapahape..ko tu bek..x sesuai kwan ngn kawan abg.. dorg tu pelikpelik...harap muke je..perangai..harammmm... abg nak protect ko nie..abg harap ko pham..sbab aku kan abg ko =)"

n lagilagilagilagi..ko ckp cni'
"KO ni kenape ek?.slalu bwat aku marah..dah pergi blah!!"
eleh..ko ingt ko tu x penah bwat aku marah ke???...eee..aku pon menyampah tengok muke ko..cis

tp aku taw ko nak ckp cni
"abg nak ko biase kene mara..so nt ko boley face life ko x kire apepon berlaku.....ko tak taw lagi...dunia nie cne..mmg ko dah besar..tp bg abg ko still adek abg yg gedik n manje mcm budak kecik ..and abg syg gilergiler kat ko..mati pon abg sggup...so abg nk ko jdi kuat macm ironwoman..hehe..abg x nk la ko mudah sgt jatoh..pastu x ley bgun2dah..yea..abg jahat ngn ko..sebb abg nk ko jd budak bek...jgn riso ko bek sgt..tp ko ade nakal sket sbb ko suke kenekan abg depan mak ayah... ko pandai amek ati mak ayah..abg jeles ngn ko..tp papehal pon ko tetap adek abg... abg bwat ko cni sebb abg harap nt ble abg da x ley jge ko...ko taw cne nak jge diri sendiri....sory la abg slalu buli ko...tpkan tgungjawab abg besar taw..smpi mati pon dose ko abg tggung..so..jdilah perempuan terbaek..sbb nt ko boleyh tarik abg masuk syurga..... kan aku abg ko =)"

waaaa..abg aku cni rupenye ek...aku syg ko. =)

to all abg2 yg ade adek pompuan kat luar sane.. jagelah adek korg bek2 mcm abg aku(walaupon aku slalu saket ati ngn die..ish). .n pade sume adek2 perempuan mcm aku..kite beruntung sebb kita ade abg..trust me..cne pon dorg..dorg akan protect korg ckup2..smpi dorg rase ade org yg sesuai tuk protect korg..jadi..sayangilah abg anda... =)

kisah CINTA berteknologi


si MAKWE menghantar MMS kepada si PAKWE..



PAKWE :: eee,demok!!

MAKWE :: mana ada!!!

PAKWE :: yew,nampak spare tyre,hahaha

MAKWE :: ee,dia ni jahat giler!! (dalam hati,'alamak,kantoi....')

PAKWE :: awak jangan diet tau..

MAKWE :: asal lak???tadi kata owang gemok sangat

PAKWE :: xnak,nak awak yang macam skang..

MAKWE :: nape lak??

PAKWE :: saya suker =]

MAKWE :: asal???

PAKWE :: bez nanti boley buat bantal pelok...ngeee~

MAKWE :: ngade!!nak makan penyepak??!!

PAKWE :: xpe,terima kasih,dah kenyang da melantak nasi tadi..

MAKWE :: &$^%%%&^*


pengajarannye :: BERSYUKUR LA DENGAN APA YANG ANDA ADA =]